≡ Menu

Bidadari

Bidadari

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Di dalam surah al-Baqarah ayat 25 yang bermaksud, “bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah) merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut”.

Maka tersebutlah Kisah ‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad di jalan Allah) katanya. “sesiapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga.” Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia malu untuk bertanya kepada nabi kerana malu kepada sahabat-sahabatyang lain.

Sebelum Zohor, sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil Qailulah), maka sahabat muda yang bersama jemaah tadi turut serta tidur. Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dan mempunyai  wajah yang berseri-seri lalu bertanya di manakah dia. Lantas lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk benjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah. Sejurus selepas itu ditunjukkan kepadanya ke suatu arah. Maka dia berjalan, di bawah satu pepohon, beliau mendapati ada seorang wanita yang sangat cantik, lebih cantik dari wanita yang pernah dia temui di dunia. Tanpa membuang masa dia memberi salam dan bertanya, “andakah Ainul Mardhiah?” Wanita itu menjawab, “tidak, saya adalah khadam kepada ‘Ainul Mardhiah yang ada di dalam singgahsana di sana.”

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mencuci permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Diberi salam buat kali keduanya dan ditanya lagi adakah wanita di hadapannya itu Ainul Mardiah, lalu wanita itu menjawab, “eh tidak, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini, Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.” Lantaran itu, dia pantas menaiki anak-anak tangga mahligai pemwata itu yang sungguh cantik dan mengagumkan. Lalu dia sampai di sebuah mahligai dan mendapati di sana seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari pertama dan kedua. Wanita seperti itu tidak pernah dia melihat sepertinya di dunia bahkan mana mungkin terdapat yang sebegitu cantik rupanya. Lalu wanita itu berkata, “akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.” Apabila lelaki itu mendekatinya, wanita itu berkata, “nanti, kamu belum syahid lagi!” Tersentak pemuda itu justeru terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada salah seorang sahabat, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi s.a.w., tapi sekiranya dia syahid barulah cerita ini boleh dikhabarkan kepada Nabis.a.w. Petang itu pemuda tersebut bersama-sama dengan Nabi s.a.w. telah keluar berperang dan ditakdirkan impiannya untuk syahid dimakbulkan Allah. Kemudian, ketika semua jemaah menunggu waktu berbuka puasa sambil memenuhi ruang masjid, maka sahabat kepada sahabat yang syahid tadi telah bangun merapati Nabi s.a.w. dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid itu. Sedang dia bercerita, Nabi dengan tenang menjawab “benar, benar, benar,” sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya Nabi s.a.w bersabda, “memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.” Subhanallah. Bagaimana mahu menjadi seperti bidadari secantik di syurga? Bagaimana pula ingin menjadi ketua segala bidadari? Tidak ada yang mustahil untuk muslimah sekelian, yang penting keyakinan dan keimanan kita terhadap kekuasaan Allah s.w.t. dan sunnah Rasulullah s.a.w.

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 15 Sep 2017

Description. The Position Reporting to the Finance Director, the Financial Reporting Manager will be responsible for responsible for the delivery of the management and financial re...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 15 Sep 2017

Description. Responsibilities Responsible for Regional Market. covering South East Asian Countries Execute marketing plan and initiatives to drive the products line growth and obje...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 18 Sep 2017

Description. Our client is a global real estate consultancy providing full range of real estate services catering to various types of space users. While the interests and appetite ...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 18 Sep 2017

Description. The OCM LEAD for IT Services will be part of the IT Services Project team, and will work closely with partners across different IT groups so to understand needs, & ens...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 16 Sep 2017

Description. This is a highly visible role where you will work closely with senior business leaders and provide financial decision support to drive strategic plans and business per...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 17 Sep 2017

Description. The Position The successful incumbent will be responsible for all the elements of Tax Compliance for Asia Pacific where he she will work closely with the Group Tax Man...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment