≡ Menu

Biasakan Diri Anda dengan Solat Duha

Biasakan Diri dengan Solat Duha
 
Bagi merealisasikan kemenangan Islam dalam semua bidang, Islam menganjurkan umat Islam melakukan solat sunat Duha.

Waktu duha bermula 28 minit selepas terbit matahari (waktu syuruk) sehingga tergelincir matahari. Percayalah, mereka yang istiqamah melakukan solat Duha ini akan diberi ganjaran terrnasuk dibukakan pintu rezeki.

Alangkah indahnya jika semua umat Islam boleh melakukan solat Duha selepas sama-sama menunaikan solat Subuh. Selain mereka terhindar daripada golongan munafik, mereka juga akan diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka. Jadi, apa yang menghalang kita daripadamenunaikan solat Subuh dan solat-solat sunat yang mengiringinya? Bukankah solat ini suatu bahagian yang begitu besar berbanding dunia dan seisinya? Sudah sampai masanya umat Islam keluar dari zon selesa lalu mengharapkan,kejayaan tanpa usaha.

Sesungguhnya kejayaan yang dimaksudkan itu sangat bergantung kepada diri kita sendiri, bukan orang lain. Kalau kita boleh mendisiplinkan diri dalam perkara di atas, maka umat Islam mampu menguasai ekonomi dunia.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment