≡ Menu

Bertaubatlah Sebelum Tertaubat

318376_253800247991525_122000164504868_700775_1392618966_n

Dosa penghalang untuk taat kepada Allah. Sedangkan taat kepada Allah itu menjamin keselamatan kita di dunia dan akhirat.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu
beruntung.” (Surah a1-Nur 24: 3 1)
 
Orang yang berdosa akan dibebani oleh rasa malas, bosan, pahit dan pedih untuk melaksanakanamal kebaikan. Apabila kita
terseksa untuk melakukan kebaikan, sudah pasti kita akan melakukannya dengan kadar  yang sedikit atau meninggalkannya terus!
 
Ada satu ungkapan yang terkenal dalam kalangan muqarrabin (orang yang hampir  dengan Allah): “Jika kami terhalang untuk solat malam dan berpuasa sunat, itu petanda kami telah terbelenggu oleh dosa-dosa.”
 
Bagi kita orang awam ini, dosalah yang menjadi penghalang untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah yang diwajibkan seperti
solat, berpuasa, taat kepada ibu bapa,zakat dan sebagainya, apalagi ingin merasai kemanisannya.
 
Mengapa dosa menghalang ketaatan? Ini kerana dosa melemahkan hati. Hati yang berdosa akan kelam, hitam dan akhirya keras. Rahmat, hidayah dan taufik daripada Allah tidak akan singgah di hati yang keras. Sedangkan kemampuan seseorang untuk beribadah adalah kerana dorongan hatinya. Jika hati telah keras, ‘enjin” untuk menggerakkan seluruh anggota badan untuk beribadah akan terhenti.
 
Bayangkan gari yang mcmbelenggu tangan, maka begitulah hati yang dibelenggu dosa. Tangan yang digari tidak bebas melakukan kerja, maka begitulah hati yang digari oleh dosa-dosa, akan terhalang daripada melakukan kebaikan.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seorang Mukmin jlka berbuat dosa, maka temodalah hatinyadengan satu titik berwarna hitam. Jika dia bertaubat meninggalkannya dan beristighfar, hatinya akan kembalijernih. Jika dosanya itu bertambah-tambah, maka titik hitam itu pun bertambah sehingga menutup hatinya. Maka itulah penutup yang disebut Allah dalam al-Quran.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)
 
Dosa juga menghalang ibadah daripada diterima oleh Allah. Misalnya, mana mungkin zikrullah oleh lidah yang sentiasa mengumpat akan diterima oleh Allah tanpa terlebih dahulu dibersihkan oleh taubat? Atau ibadah haji yang dikerjakan dengan
harta hasil pendapatan daripada jalan yang zalim, mungkar dan haram?
 
Sepertimana orang yang ingin menunaikan solat perlu bersih daripada najis dan hadas, maka begitulah juga orang yang
hendak melaksanakan ketaatan, perlu membersihkan dirinya daripada dosa-dosa! Bagaimana agaknya kedudukan seseorang yang suka memuji Allah, tetapi pada masa yang sama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah?
 
Taubat Serta-Merta
 
Justeru, taubat itu sangat perlu. Bila? Jawabnya,sekarang. Kita perlu bertaubat serta-merta kerana di situlah letaknya
keselamatan diri kita di dunia dan akhirat.Mengapa taubat perlu dilaksanakan segera?
 
1. Mati Boleh Datang Tiba-Tiba
 
Antara tipu daya syaitan yang paling berkesan untuk menyesatkan manusia adalah dengan mcmbayangkan detik kematiannya masih jauh. Syaitan dengan licikmeletakkan sebab-sebab kematian sebagai “syarat” untuk mati. Justem, jika sebab- sebab itu belum ketara, maka tarikh kematian masih jauh. Ini anggapan yang salah.
 
Padahal, sebab-sebab kematian itu sebenarnya sentiasa ada sama ada disedari atau tidak oleh setiap manusia. Berapa
ramai orang yang menziarahi pesakityang tenat, tetapi yang menziarahi itu terlebih dahulu mati daripada yang diziarahi? Berapa ramai pula manusia mati kerana kemalangan, wabak, bencana alam yang tidak disangka-sangka?
 
Dalam kitab Ihya ‘Ulum al-Din, dinukilkan kisah seorang pemuda yang taat telah ditipu oleh syaitan bahawa detik kematiannya masih jauh. Pemuda itu dihasut untuk melakukan kejahatan terlebih dahulu, dan kemudian barulah bertaubat, sebelum saat kematiannya tiba. Pemuda itu pun mula melakukan kejahatan. Tuba-tiba, kematian datang dengan tidak disangka-sangka dan dia mati dalam keadaan melakukan kejahatan tanpa sempat bertaubat.
 
Betapa ramai manusia yang lalai dengan angan-angan dan menganggap mati masih jauh. Padahal di hadapan mata sering kali berlaku kematian yang datang tiba-tiba. Sakit, tua, kemalangan dan lain-lain adalah antarabeberapa penyebab kematian.
 
Namun, di sisi Allah, masih terlalu banyak perkara yang boleh menyebabkan kematian.
 
Berapa ramai antara 300,000 korban tsunami menyangka bahawa mereka akan mati pada tarikh 26 Disember 2004? Laut tempat mencari rezeki dan bersuka ria mengamuk dengan tiba-tiba tanpa dapat dikesan oleh sebarang peralatan teknologi.
 
Syair Arab ada menukilkan:
 
Berapa ramai anak-anak muda
yang sedang bermain pagi dan petang
sedangkan kain-kain kafannya dah mula dikoyakkan orang
tetapi dia tidak tahu?
 
Berapa ramai anak kecil yang diharapkan lahir
menjadi orang yang hebat
tetapi mati sejurus selepas dilahirkan?
 
Dan berapa ramai gadis yang dihias indah
pada malam pengantinnya
rupa-rupanya pada keesokan harinya orang datang
untuk menguruskan jenazahnya.
 
Itulah hakikat kematian. Ia datang tiba-tiba tanpa disangka dan dijangka. Jangan tertipu dengan hasutan syaitan yang meniup alasan-alasan palsu: “Ah, usia masih muda, bersuka-sukalah dulu.” “Engkau ni sihat… rajin berdiet, bersenam… mesti tidak ada penyakit kronik.” Realitinya, berapa ramai ahli sukan yang segar-bugar tetapi man‘ mengejut ketika bersukan?
 
Oleh sebab itu, kita perlu menyegerakan taubat kerana masih hidup itu ialah kcscmpatan yang boleh hilang secara tiba-tiba. Abdullah bin Umar mengingatkan:
 
“Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu hanya menunggu tiba waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah kamu hanya menunggu tiba waktu petang. Dan ambillah kesempatan masa sihatmu untuk persiapan masa sakitmu, dan masa hidupmu untuk persiapan kematianmu.” (Riwayat al-Bukhari)
 
2. Semakin Tua, Hati Semakin Keras
 
Dosa umpama pokok yang tumbuh dalam hati. Semakin lama dosa itu dibiarkan tanpa dicabut keluar, maka semakin kuat cengkaman akar dosa itu dalam jiwa seseorang. Dosa umpama benih pohon kejahatan yang bersemi dalam hati. Mula-mula dia bercambah, mengeluarkan akar, batang, dahan, ranting dan daun-daun.
 
Imam al-Ghazali mcnyarankan, pohon kejahatan itu perlu dicabut dengan taubat sebelum akarnya bertambah banyak, berselirat dan terlalu kuat mencengkam. Maksudnya, jika kejahatan dibiarkan, ia akhimya akan menjadi tabiat yang sukar untuk ditinggalkan. Pada mulanya dosa akan menimbulkan rasa resah. Namun jika terus dilakukan, hati akan terbiasa, kemudian ketagih, akhimya serasi dan sebati dengan dosa itu.
 
Daripada titik-titik hitam, akan menjadi tompok yang lebih besar, dan akhimya hati akan digelapkan seluruhnya oleh dosa-dosa. Oleh sebab itu, semasa masih di tahap titik hitam lagi, hati itu mesti dibersihkan. Jangan tunggu sampai berkarat dan hati itu terkunci mati oleh dosa-dosa. Jika tidak, ketika itu tertutuplah pintu hati untuk menerima kebenaran walau bagaimana indah, hikmah dan lemah Iembutnya seruan iman.
 
Begitu juga dengan hawa nafsu yang menjadi punca kejahatan dalam diri manusia. Semakin dibiarkan, nafsu akan menjadi semakin liar dan sukar untuk dijinakkan. Sekiranya sejak remaja seseorang itu bergelumang dengan hawa nafsu, kemudian momentum itu terus disuburkan hingga usia tua, pada kelazimannya nafsu itu sukar dididik lagi.
 
Inilah antara sebab ada hukama mengatakan, sekiranya seseorang telah menjangkau usia 40 tahun sedangkan kejahatannya masih mengatasi kebaikannya, maka dia dalam keadaan yang sangat bahaya. Mengapa? Antara sebabnya, tentulah kesukaran untuk bertaubat disebabkan hati telah menjadi keras.
Renungilah kata-kata Imam al-Ghazali rhm. ini kepada anaknya: “Wahai anak, sebahagian nasihat daripada Rasulullah s.a.w. kepada umatnya; tanda bahawa Allah berpaling daripada seseorang adalah apabila dia membuang waktu untuk sesuatu yang tidak bermanfaat dan jika seseorang hilang sebentar sahaja dari umurnya dalam mengerjakan sesuatu yang dilarang oleh Allah, maka sesungguhnya merupakan penyesalan, dan sesiapa yang telah berumur lebih 40 tahun, tetapi kebaikannya belum mengalahkan kejahatannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka. Rasanya cukup bagi ahli ilmu apa yang terkandung dalam nasihat ini.”Pepatah Melayu ada mengatakan: “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.” Dalam konteks yang sama, pepatah Arab menyatakan: “Mendidik sewaktu kecil umpama melukis di atas batu. Mendidik sewaktu tua umpama melukis di atas air.” Kedua-dua pepatah itu menunjukkan betapa sukarnya menempuh jalan kebaikan ketika usia sudah lanjut.

Oleh sebab itu, muda ialah saat terbaik untuk kembali ke jalan Allah (bertaubat). Sebab itulah dalam sejarah perjuangan Islam sendiri, yang mudah menerima seruan Islam ialah para pemuda. Ini kerana hati orang muda lebih mudah dibentuk, akalnya tajam, emosi lebih peka dan jasad pula lebih bertenaga. Orang tua yang kelihatan baik tetapi masa mudanya jahat, tetapi itu bukan kerana bertaubat tetapi kerana tidak mempunyai kudrat lagi untuk melakukan maksiat.

3. Semakin Lama Semakin Sukar Menempuh Syarat Taubat

Taubat tidak akan diterima tanpa memenuhi syarat-syaratnya. Syarat taubat itu ada tiga (berkailan dengan Allah); menyesal, berhenti dan berazam tidak akan melakukan dosa itu lagi. Ditambah satu Iagi syarat sekiranya berdosa sesama manusia. Sekiranya kita menganiayai, mencederakan atau mencemarkan kehormatan seseorang, maka hendaklah ditebus kembali haknya.

Misalnya, jika yang bcrkaitan dengan jiwa atau agama, hendaklah dilakukan qisas (hukuman menurut hukuman Islam). Bagi yang berkaitan dengan harta atau material, hendaklah mengembalikan semula haknya. Dan jika bersangkutan dengan kehormatan, maka hendaklah memohon maaf.

Dosa yang harus dihentikan sebagai syarat diterima taubat haruslah setimpal dengan dosa yang pernah dilakukan. Misalnya, seorang datuk yang semasa mudanya berzina dan menyamun yang hendak bertaubat. Oleh sebab dia telah tua, maka tidak mungkin dia masih bertenaga lagi unluk berzina dan menyamun. Jadi cara dia bertaubat adalah dengan meninggalkan dosa yang setimpal dengannya walaupun dia telah tua tetapi masih mampu melakukannya seperti mengumpat, menuduh orang berzina, mengadu domba, memfitnah dan sebagainya.

Bayangkan, meninggalkan mengumpat adalah jauh lebih sukar daripada berzina. Begitu juga meninggalkan memfitnah lebih sukar daripada menyamun. Oleh sebab itu, dapat kita lihat lebih ramal orang yang terlibat dengan dosa mengumpat dan memfitnah berbanding dengan dosa berzina dan menyamun.

Orang muda dan tua, sama-sama sukar meninggalkan dosa mengumpat dan memfitnah ini. Justeru, orang tua khususnya, mesti beringat-ingat. Jangan menangguhkan taubat kerana syarat-syaratnya akan menjadi lebih sukar dipenuhi dengan keupayaan tenaga yang semakin berkurangan.

Begitu juga dengan dosa kepada manusia lain. Misalnya, orang yang hendak mengembalikan harta yang pernah dicurinya, kehormatan orang lain yang pernah dicemarinya, tuduhan sesat, bidaah, syirik, kafir terhadap agama orang lain yang pernah dibuatnya (sama ada melalui kata-kata atau media massa), semua itu bukan mudah hendak dilakukan apabila sudah memakan masa bertahun-tahun. Bayangkan, mungkin orang yang dizalimi, sudah mati. Harta yang hendak digunakan untuk mengganti sudah tiada. Atau dosa itu sendiri sudah terlupa!

Oleh sebab itu, menyegerakan taubat sebelum terlambat bukan kerana faktor ajal dan masa sahaja, tetapi melibatkan soal yang lebih maknawi, yakni yang sukar dijangka dan dirancang. Orang yang boleh bertaubat dengan segera hanyalah orang yang merasakan keagungan Allah, takut kepadaNya dan mengharapkan keampunanNya. Itulah taubat yang ikhlas semata-mata kerana Allah, bukan kerana sudah tidak bcrdaya dan bertenaga, takut penyakit, bimbang diejek orang atau untuk selamat daripada dipenjalakan dan dihukum oleh undang-undang.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pcngampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Nisa’4: 110)

Orang yang ikhlas akan bertaubat segera kerana Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Menyayangi dan Maha segala-galanya… sentiasa, sampai bila-bila!

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Uber
  |  George Town, Penang
 - 18 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Senior Back End Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Back End Developer. You will write robust, high quality, and production ready c...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 20 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Tangent International
  |  (Unspecified city),
 - 18 Jul 2017

Executive Marketing Consultant. We are looking for an Executive Marketing Consultant, who will be result oriented and able to act as a key advisory to the Carrier Network Project,...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment