≡ Menu

Belanjalah Harta Kita

Belanjalah Harta Kita

Bagaimana perasaan kita ketika kita dalam kesusahan dan kesempitan hidup dalam keadaan benar-benar memerlukan bantuan, tiba-tiba kita dibantu? Keperluan kita dipenuhi dan hajat kita kita disampaikan. Tentu kita akan rasa bersyukur atau sekurang-kurangnya berterima kasih kepada insan yang telah menolong kita. Tentu jasanya tidak akan mudah dilupakan begitu saja.

Apa pula perasaan kita jika kita berhadapan dengan orang yang kita rasakan boleh membantu kita, tetapi dia buat tidak tahu saja kepada kita. Padahal dia tahu kita susah dan menderita. Kita amat memerlukan simpati dan bantuan darinya, yang mana kita sendiri pun sebenarnya tidak suka hendak berbuat demikian kalau tidak kerana terpaksa. Tentu kita akan rasa kecewa dengan sikapnya. Kita mungkin susah hendak hormat, mungkin kita rasa benci sekiranya orang itu ketua kita. Kalau dia saudara mara yang dekat tentu kita susah hendak rasa sayang, kalau dia kawan kita pula, sudah tentu kita rasa tawar hati atau rasa hambar untuk terus menjadi kawannya. Pendek kata hati akanjadirenggang sebab sifatnya yang begitu.

Jadi ituiah yang berlaku, di waktu kita susah, kita perlukan bantuan orang lain. Begitu juga di waktu orang lain itu susah mereka pula yang mengharapkan bantuan dari kita. Itulah fitrah yang ada dalam hati semua orang. Oleh itu Islam sebagai agama fitrah amat memandang berat soal ini. Mungkin itulah sebabnya Allah s.w.t. jadikan manusia ini ada yang kaya dan ada yang miskin. Kenapa begitu? Apakah Allah tidak adil? Tak lain dan tak bukan supaya di antara kedua-dua jenis manusia ini saling bantu membantu di dalam memenuhi hajat masing-masing.

Orang kaya boleh membantu orang miskin melalui sedekah, hadiah, derma dan sebagainya. Sementara orang miskin pula boleh menyumbangkan bantuan dalam bentuk khidmat.

Apa akan jadi kalau orang kaya dibiarkan asyik memikirkan kepentingan dirinya saja? Katalah dengan adanya kekayaan itu dia boleh hidup mewah, punya rumah besar, kereta besar banyak duh dan sebagainya. Dengan kekayaan itu, dia punya banyak peluang untuk mengembangkan kekayaannya dan mungkin boleh mengekalkan harta yang telah sedia ada. Misalnya dia boleh buka gedung perniagaan atau dirikan rumah sewa ataupun usaha-usaha lain yang menyebabkan dia semakin kaya.

Sedangkan orang miskin terus terbiar dalam kemiskinan- Kataiah dia ada harta, lambat laun harta yang sedikit itu pun mungkin terpaksa dijual atau dipajak gadai untuk meneruskan hidup. Maknanya untuk mengisi keperluan perut pun susah, apalagi untuk bermewah-mewah. Tentulah mustahil. Ini disebabkan tidak ada keseimbangan hidup dalam masyarakat. Yang kaya terus menjadi kaya sedangkan yang miskin berada terus dalam kemiskinan dan penderitaan. Kalau ini berlaku tentu akan wujud jurang di antara orang kaya dengan orang miskin, Sesetengah orang kaya mungkin rasa bangga dan bongkak, tinggi diri, memandang hina pada orang-orang miskin, dan beranggapan orang miskin menyusahkan orang lain. Orang miskin pula rasa orang kaya itu sombong, kedekut, berlagak dan yang malangnya kalau mereka menyimpan niat buruk pada orang kaya itu. Niat untuk mengambil harta orang kaya secara kekerasan, merompak, mencuri dan peras ugut. Masyarakat akan jadi kucar-kacir, haru biru dengan tindak tanduk kedua-dua belah pihak.

Oleh itu orang kaya harus bertimbang rasa pada orang lain. Pada orang yang hidup serba kekurangan. Kalau benar-benar mereka ingin harta benda mereka itu kekal maka hendaklah harta benda itu disedekah atau dibelanjakan pada jalan Allah. Harta benda yang ada di tangan kita tidak akan kekal. Yang kekal ialah apa yang telah tiada dalam tangan, yang telah dibelanjakan pada jalan Allah. Misalnya dengan cara bersedekah atau membantu jihad fisabilillah. Tapi banyak orang tersilap. Mereka sangka harta benda yang kekal itu ialah apa yang telah mereka kumpul dan mereka simpan. Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa mereka bersungguh-sungguh benar menjaga harta itu agar tidak berkurang.

Orang yang hendak hartanya kekal akan mengambil jalan yang bijak, yang boleh menguntungkan mereka, bukan saja di dunia, malah keuntungan yang lebih utama iaitu di akhirat nanti. Dia akan membelanjakan atau bersedekah pada orang-orang yang memerlukan. Dan tidak sukar untukknya menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Dia tidak sayangkan duit atau hartanya di dalam bersedekah. Sernemangnya bersedekah ini amat digalakkan oleh agama Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Orang bakhil jauh dari Allah S.W.T, jauh dari syurga, jauh dari pergaulan manusia; dekat dengan api neraka. Dan orang yang dermawan itu dekat kepada Allah, dekat pada syurga, dekat pada manusia, jauh dari api neraka.”

Mengapakah Rasulullah menyatakan bahawa orang bakhil itu jauh dari Allah dan jauh dari syurga? Int kerana Allah tidak suka orang yang bakhil. Orang fasik yang pemurah lebih dikasihi oleh Allah dari orang alim yang kedekut. Sementara itu orang dermawan disenangi oleh Allah dan manusia. Kalau Allah sudah suka tentu syurga yang dibalasnya. Dan hadis di atas juga menyebut orang bakhil jauh dari menusia sedangkan orang dermawan dekat dengan manusia. Ini disebabkan fitrah manusia memang suka dibantu. Tambahan pula ketika mana mereka amat memerlukan bantuan. Jadi, bila mana ada orang yang membantu mereka, sudah tentu hati mereka akan ingat pada orang tersebut. Jasa orang itu tidak akan mudah dilupakan begitu saja. Dari sinilah akan wujud kasih sayang dan ukhuwah di antara satu sama lain.

Sebaliknya kalau manusia itu bakhil sedangkan dia mampu untuk membantu tetangganya yang kesusahan dan kesempitan hidup, sudah tentu ini akan menimbulkan renggang hati di antara keduanya. Sifat orang bakhil hartasusah untuk dibelanja atau diberikan pada orang‘ tapi harta orang lain begitu diingini. Sebab itu orang tidak suka berkawan atau berjiran dengannya. Oleh kerana sudah terpaksa duduk bersebelahan atau sepejabat, maka mereka hadapi jugalah keaciaan itu walaupun hati mereka sering mendongkol dengan sikap orang bakhil. Allah s.w.t ada berfirman yang maksudnya:

“Syaitan mengancam kamu dengan kemiskinan dan menganjurkan kamu berbuat keji dan kejahatan. Sedang Allah menjanjikan kepadamu pengampunan dan kurnia. Yakni menyuruh kamu taat dan sedekah untuk mencapai pengampunan dan kurnianya dam Ailah mas kurnianya dan mengetahui amal hambanya.” Al-Baqarah: 268

Dan Ibn Masud ada berkata:

Satu dirham disedekahkan di masa sihat dan bakhil lebih afdhal dari seribu dirham diwasiatkan ketika akan mati.

Abu Laits berkata, Muhammad bin Alfadhil meriwayatkan dengan sanadnya dari seorang penduduk Basrah bercerita:

Ada seorang Badwi penternak yang jarang bersedekah. Tiba-tiba pada suatu hari dia bersedekah seekor kambingnya yang kurus lagi kecil. Kemudian pada malam harinya ia bermimpi seolah-olah semua kambing-kambingnya hendak menyerang dan menanduknya. Lalu ada seekor kambing yang kecil lagi kurus ( yang disedekahkan ) membela dia dan mengelakkannya dari kambing kambing lain. Ketika dia terbangun dia berkata, “Demi Allah sedapat mungkin aku akan tambah kawan-kawanmu sebanyaknya.”

Lalu dia selalu mengeiuarkan sedekah dari kambingnya. Dalam sebuah kisah yang lain pula, pada suatu hari Malik bin. Dinar didatangi oleh peminta sedekah. Waktu itu dia mempunyai sebakul buah kurma. Maka dia berkata pada isterinya:

“Bawakan kurma itu kemari.”

Dan sesudah diterima oleh Malik diberikan separuh pada peminta sedekah dan separuh lagi dia kembalikan kepada isterinya. Lalu isterinya berkata:

“Apakah seperti kamu itu dapat dikatakan zahid? Apakah ada orang mengirimkan hadiah separuh-paruh saja pada raja?”

Lalu Malik pun memanggil peminta sedekah tadi lalu diberikan kesemuanya kurma yang ada.

Begitulaah kita iihat bagairnana kelebihan sedekah dan bagaimana insan soleh begitu gemar untuk bersedekah. Sepatutnya kita contohnya sikap isteri Malik bin Dinar di dalam mendorong suaminya bersedekah. Walaupun ada orang kaya yang enggan bersedekah, yang sayang untuk membelanjakan duit atau harta bendanya pada orang lain akan tetapi ads pula orang yang begitu mudah menghamburkan Wang untuk membelanja dan menjamu orang. Sikit pun dia tidak sayang membelanjakan hartanya.

Cuba perhatikan segolongan orang kaya meraikan maj1is mereka, seperti sambutan ulang tahun kelahiran atau perkahwinan,  ataupun meraikan tuah dinaikkan pangkat dalam pekerjaan dan berbagai-bagai jenis lagi. Tumpuan untuk majlis tersebut sudah tentu di tempat-tempat ekslusif seperti hotel mewah, tempahan makanan yang istimewa, tidak ketinggalan menjemput penyanyi dan diselangi dengan tari menari, semuanya untuk memeriahkan majlis mereka. Pendek kata ribuan ringgit dihabiskan untuk 1 menjamu dan menghiburkan orang. Malangnya sikap pemurah dan tak berkira orang itu tidak kena tempat. tak ada nilai di sisi Allah. Kenapa?

Ini disebabkan harta benda itu walaupun nampaknya dibelanjakan. tapi dibelanjakan pada jalan maksiat. Mengadakan majlis yang ada maksiat, ada tari rnenari, minum arak, ada pergaulan bebas lelaki perempuan, ada main judi dan macam-macam lagi. Semuanya itu dimurkai oleh Allah. Oleh itu hendaklah belanjakan sesuaidengan kehendak Allah dan Rasul.

Bersedekahlah, kerana dengan bersedekah itu boleh menghapuskan kejahatan sebagaimana yang berlaku pada seorang pendita.

Ada seorang penditayang telah beribadah dalam biaranya selama 60 tahun. Kemudian pada suatu hari dia melihat-lihat dataran di sekelilingnya dan merasa amat kagum. Lalu dia turun berjalan-jalan sambil membawa sepotong roti. Tiba-tiba ada wanita yang merayunya sehingga tergelincirlah dan berzinalah dia dengan perempuan itu. Setelah dia hampir mati, dalam keadaan demikian itu datang seorang pengemis kepadanya. Lalu diberikan sepotong roti yang dibawanya dan dia pun mati. Ketika ditimbang amal perbuatan yang 60 tahun dengan dosa, mendadak lebih berat dosanya. Kemudian ketika amalan sedekah sepotong roti itu diletakkan dalam timbangan, mendadak timbangan amal kebaikannya menjadi berat mengalahi dosanya. Maka selamatlah dia berkat sedekahnya.

Itulah di antara kelebihan bersedekah. Oleh itu elok benarlah kita jadikan berseciekah itu amal tetap kita. Kita contohilah isteri Rasulullah iaitu Sayidatina Aisyah yang pemurah. Beliau sentiasa mencari-cari peluang untuk bersedekah walaupun dengan hanya sebelah kurma.

Kita tidak perlu tunggu duit banyak, harta banyak baru hendak bersedekah. Bersedekahlah dengan apa yang kita rnampu. Allah tidak menilai banyak atau sedikit yang kita sedekahkan. tapi yang dinilai oleh Allah adalah keikhlasan dalam bersedekah. Sedekah yang sedikit dengan ikhlas lebih baik dari sedekah yang banyak tetapi tidak ikhlas, riak dan bangga diri kerana mampu menyumbangkan lebih banyak dari orang lain.

Bagi orang yang memiliki harta melebihi keperluan sendiri, elok sangat agar mereka melazimi barsedekah. Ini disebabkan harta yang melebihi keperluan sendiri jika disimpan akan dihisab oleh Allah di akhirat nanti. Kalau tidak betul sumber dan cara menggunakarmya, boleh jadi sebab seseorang itu dicampakkan ke neraka. Manakala kalau sumbernya halal tetapi lebih dari keperluan si pemilik, tentu dia dihisab lama dan menyebabkan dia lambat masuk ke syurga.

Di akhirat, lambat masuk syurga pun sudah jadi satu penyeksaan, apalagi kalau dihumbankan ke neraka. Na’uzubillah.

Experteer GmbH
  |  Shah Alam, Selangor
 - 20 Oct 2017

Unser Auftraggeber ist eine international tätige Unternehmensgruppe mit knapp 600 Mitarbeitern an sieben Standorten in Europa, USA, Malaysia und China. Als global agierendes Untern...

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

Hong Leong Bank Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Oct 2017

HLB is embarking on a comprehensive multi year regional BIG DATA and Analytics transformational journey encompassing products, channels and services across the different markets. W...

Cobalt Recruitment
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Oct 2017

Inhouse. General Counsel (Malaysia). The Company. Our client is one of the leading regional banks who is in an exciting phase of development and expansion. They are currently look...

OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Oct 2017

Auditor Operations & Finance. Responsibilities. Report to Head, Operations & Finance Audit Department. Assess business risks and evaluate the effectiveness and adequacy of internal...

KPMG PLT
  |  Petaling Jaya, Selangor
 - 18 Oct 2017

Description. Integrity, quality and independence are the building blocks of KPMG's approach. Fundamental to a risk based audit approach, we understand the way our clients run thei...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment