≡ Menu

Belajar Mengaji Dewasa Kepala Batas – Al-Hira’

Belajar Mengaji Dewasa Kepala BatasBoleh Membaca Al-Quran Dalam Masa 24 Jam, Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

MENGENALI KAEDAH AL-HIRA

Al-Hira’ adalah satu kaedah terkini panduan belajar membaca Al-Quran yang hanya dalam masa 24 jam boleh membaca Al-Quran.

Kaedah ini telah terbukti keberkesanannya setelah di uji cuba selama 22 bulan. Ianya sangat mudah, praktis dan sistematik.

Ia datang dengan kesyumulannya (Al-Hira’) bertanyakan kepada anda:

* Masih adakah di antara keluarga anda yang belum boleh membaca al-Quran?
* Masih adakah di antara manusia yang menyebut susah untuk membaca al-Quran?
* Masih adakah cinta di hati kita untuk al-Quran?

Seandainya jawapan itu adalah “YA”, sisihkanlah masa untuk al-Quran, berlayarlah dengan Al-Hira’. Nescaya sebelum terbit fajar pada keesokan hari anda telah memilikinya.

“Anda boleh membacanya, pusaka abadi itu mukjizat nabi panduan hidup sehingga mati, ubat dan rahmat sewaktu hidup, sahabat yang kuat dalam kubur (al-Quran)”

PANDUAN TERKINI BELAJAR MEMBACA AL-QURAN

Mungkin anda salah seorang dari golongan di bawah ini:

* Anda seorang ibu rumahtangga atau bapa pemimpin keluarga yang mendapat anugerah anak-anak yang dikurniakan Allah.
* Anda seorang remaja atau lepasan universiti ternama.
* Anda seorang profesional atau usahawan berjaya.

DAN JIKA;

* Anda seorang khalifah / pemimpin yang dipertanggungjawabkan menjaga al-Quran (menjadi khadam / penjaga al-Quran)
* Anda seorang pemilik tadika, sekolah swasta dan pusat-pusat pengajian / pembelajaran al-Quran.
* Atau anda seorang guru yang sedang mencari kaedah mudah belajar / mengajar al-Quran.

Belajar Mengaji Kanak-kanak

ADA 10 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB MEMILIH AL-HIRA’:

1. Unik
2. Susunannya teratur dan sistematik
3. Ringkas dan padat
4. Mudah difahami
5. Dalam masa 24 jam boleh membaca Al-Quran
6. Dua dalam Satu (Asas & tajwid)
7. Tajwid yang lengkap dan ringkas
8. Boleh membaca Al-Quran dengan tajwid
9. Tepat & sesuai dengan keperluan masakini
10. Cepat dan jimat

SUKATAN PELAJARAN Kaedah Al-Hira’ adalah dengan menggunakan Buku Al-Hira’:

BOLEH MEMBACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM. Buku ini mengandungi 22 pelajaran dan ia terbahagi kepada Bahagian Asas & Bahagian Tajwid. Sukatan pelajaran Bahagian

ASAS BUKU Al-HIRA’ ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT:

Pelajaran 1 : Cara membaca huruf yang berbaris atas
Pelajaran 2 : Cara membaca huruf yang berbaris bawah
Pelajaran 3 : Cara membaca huruf yang berbaris hadapan
Pelajaran 4 : Mengenal huruf bersambung
Pelajaran 5 : Mengenal bacaan tanda panjang
Pelajaran 6 : Cara membaca huruf berbaris dua (Tanwin)
Pelajaran 7 : Cara membaca huruf mati (Sukun)
Pelajaran 8 : Cara membaca huruf yang bertashdid
Pelajaran 9 : Cara membaca (Alif Lam) at-Ta’rif
Pelajaran 10 : Cara membaca lafaz al-Jalalah (ALLAH)
Pelajaran 11 : Cara membaca hamzah wasal
Pelajaran 12 : Cara berwakaf (memberhentikan bacaan)
Pelajaran 13 : Cara membaca huruf-huruf muqatta’ah

KAEDAH AL-HIRA’: BOLEH BACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM adalah merupakan kaedah terkini panduan belajar Al-Quran dalam masa yang singkat. Kaedah ini diasaskan oleh Dr. Hj Muhammad Roihan Al-Mandily yang berasal dari Mandailing, Sumatera Utara, Indonesia. Kaedah ini terbukti keberkesanannya setelah diuji cuba selama 3 tahun. Ianya sangat mudah, praktis, dan sistematik.

MENGIKUT pelajaran Al-Quran secara tradisional, buku yang digunakan untuk mengajar Al-Quran adalah Muqaddam Al-Baghdadiah yang menggunakan sistem mengeja. Setelah bertahun lamanya sistem ini digunakan, didapati kurang praktikal pada masa sekarang. Justeru timbul kaedah baru yang menggunakan kaedah bacaan langsung tanpa dieja.

WALAUBAGAIMANAPUN, pengasas kaedah ini memikirkan satu lagi cara yang boleh mempercepatkan lagi penguasaan bacaan Al-Quran dengan hanya menggunakan satu buku yang nipis sahaja, hasilnya wujudlah KAEDAH AL-HIRA’. Keistimewaan kaedah ini berbanding sistem lain adalah susunan pelajarannya yang sistematik dan teratur, memudahkan penuntut memahami dan menguasai cara membaca ayat suci Al-Quran.

Ingin Menyertai Pengajian Al-Hira’:

Hubungi – Ust . Redhwan 019-4627372

Kawasan : Kepala Batas (Bertam), Lunas, Sungai Dua, Padang Serai, Seberang Jaya, Bukit Mertajam, Butterworth, Bagan Ajam.

Pakej Pengajian Al-Hira’ Per Sesi

Seorang – 1 Jam = RM50

2 Orang – 1 Jam 1/2 = RM70

3 Orang – 2 Jam = RM105

4 Orang – 2 Jam =RM100

Hari & Waktu adalah fleksibel ikut kelapangan kedua belah pihak.

Kami akan berulang-alik ke tempat anda sehingga anda pandai membaca Al-Quran.

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 26 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 26 Jul 2017

Senior Perl Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Perl Developer. You will write robust, high quality, and production ready code that...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 26 Jul 2017

PostgreSQL Database Programmer and Administrator (DBA). Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced PostgreSQL Database Programmer. Administrator. You will p...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 26 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 27 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Uber
  |  Johor Bahru, Johor
 - 25 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

belajar quran dewasa bertam k batas,gambar belajar mengaji
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment