≡ Menu

Bantuan Ikhlas

BANJIRRRR_051213_TMIAFIF_019

Hari sudah malam dan hujan mulai turun rintik-rintik. Seorang lelaki sedang memandu pulang ke mmah apabila dia tedihat seorang wanita berdiri di sisi sebuah kereta mewah di tepi jalan.
 
Oleh kerana wanita itu kelihatan dalam kesulitan, lelaki tersebut memberhentikan keretanya di belakang kereta mewah wanita tersebut.
 
Dia turun dan meneliti,keadaan kereta si wanita. “Oh, tayar kereta puan pancit. Biar saya bantu tukarkan tayarnya,” kata lelaki tersebut. Tanpa berlengah, dia terus bertindak menggantikan tayar yang pancit itu.
 
“Terima kasih,” jawab wanita itu sambil berdiri berpayung dan memerhati.
 
“Okey, sudah siap.” Tayar sudah siap ditukar. Pakaian lelaki itu basah dek hujan renyai-renyai dan sedikit kotor kerana dia meniarap dan berlutut di atas jalan.
 
“Berapa harga upahnya encik? Katakan sahaja, saya akan membayamya.” Budi harus dibalas.
 
“Tak perlu puan. Saya tak perlukan apa-apa. Cukuplah puan doakan keberkatan hidup saya sekeluarga. Oh ya, nama saya Saiful Izhar,” jelas lelaki tersebut sebelum beredar.
 
Sebelum pulang, wanita tersebut bcrhasrat untuk mencari sesuatu untuk dimakan. Perutnya sudah berkeroncong. Entah kenapa, kali ini dia singgah di sebuah warung kecil. Biasanyé dia hanya makan di restoran mewah.
 
Setelah duduk, seorang wanita muda menghampirinya untuk mengambil pesanan makanan. Wanita muda itu dilihatnya berbadan dua, sarat mengandung. Wajahnya sangat manis, tidak lekang senyuman di bibirnya.
 
Setelah selesai makan, wanita itu meminta dikirakan bayaran yang perlu dibayar. “RM8 sahaja, puan,” beritahu wanita muda tersebut. Wang kertas RM100 dihulurkan. Wanita muda itu beredar untuk mendapatkan bakinya. Namun sebaik kembali ke meja tersebut, wanita itu sudah tiada.
 
Dia mendapati sehelai nota ditinggalkan di atas meja:
 
“Kamu tidak berhutang apa-apa dengan saya. Saya berada dalam kesusahan dan ada orang membantu saya. Saling membantu yang diasaskandengan rasa ukhuwah yang tinggi ini jangan biarkan ia berakhir. Saya berniat untuk membantu orang lain pula. Di bawah kertas tisu ini ada empat keping lagi RM100. Ia milik kamu.”
 
Malam itu, wanita yang sarat mengandung itu pulang dengan hati yang berbunga-bunga. Sebaik tiba di rumah, didapati suaminya sudah lena. Penat bekerja dari pagi hingga ke malam mcncari rezeki untuk mereka sekeluarga dan demi anak yang bakal lahir.
 
“Abang, rezeki Allah di mana-mana. Allah membantu kita,” bisik wanita itu di telinga suaminya yang sudah lena. Duit itu bakal digunakan untuk menanggung kos kelahiran anak mereka.
 
“Saya cintakan abang, Saiful Izhar,” bisik wanita itu sebelum dia juga terlelap.
 
Pengajaran: Bantuan ikhlas yang diberikan kepada orang lain, Allah akan balas ganjarannya dengan kebaikan yang berlipat ganda lagi.
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment