≡ Menu

Azab Sang Penghancur Khilafah

Tanggal 3 Mac merupakan tarikh yang sepatutnya sentiasa diingati orang Islam seluruhnya. Tarikh ini menyaksikan kejatuhan Khilafah Islam Turki Uthmaniyah yang merupakan khilafah terakhir di zaman ini. Sudah 93 tahun dunia Islam menderita kerana kehilangan ‘bapanya’ pada tanggal 3 Mac 1924.

Tidak asing lagi dalam proses menjatuhkan empayar Islam ini adalah pengkhianat besar umat Islam, Kamal Ataturk. Pelbagai muslihat yang telah dilakukannya bersama barat dan yahudi dalam misi menghilangkan pelita umat Islam ini. Namun Allah membayar nasibnya secara terus di muka bumi dengan pengakhiran hidup yang penuh seksa.

Sewaktu menghampiri ajal Kamal Ataturk diserang penyakit dalam iaitu (cirrhosis hepatis), disebabkan terlalu banyak alkohol arak di dalam badannya. Cairan berkumpul di dalam perutnya secara kronik. Ingatannya melemah dan darah mulai mengalir dari hidungnya tanpa henti. Dia juga diserang penyakit kelamin (GO), sehingga selalu menggaru bahagian tubuh antara kedua belah pehanya.

Cairan yang berkumpul pada bahagian perutnya memaksa doktor menyuntiknya dengan jarum, kerana perutnya membusung dan kedua kakinya membengkak. Hari demi hari kesihatannya semakin teruk, mukanya mengecil, darahnya berkurang, tubuhnya pucat seputih tulang sehingga dia tidak mampu bergerak sendiri.

Di saat-saat menjelang kematiannya, Ataturk minta dipanggilkan Duta Inggeris, Lorraine, kerana hendak mewariskan kepimpinan Turki kepadanya. Orang Turki sibuk bercakap mengenai derita seksaan yang dihadapi Kamal Ataturk disebabkan penyakit yang sangat aneh itu. Selama sakit, dia berteriak sehingga teriakannya sampai ke bilik-bilik istana miliknya, iaitu Istana Dulamah Boghja di Istanbul. Akhirnya, tubuhnya tinggal tulang berbalut kulit.

Beratnya hanya 48 kg ketika dia mati. Gigi-giginya tanggal, mulutnya hampir bertemu dengan kedua alis matanya, dan dia berwasiat agar jenazahnya tidak disembahyangkan. Pada pagi Khamis 10 November 1938, pergilah Kamal Ataturk dari alam dunia dalam keadaan dilaknat di langit dan di bumi.

Sewaktu mayatnya ingin dikuburkan dikatakan bumi tidak menerimanya (wallahu’alam bagaimana) tetapi tidak boleh ditanam dalam tanah. Akhirnya mayatnya ditempatkan di dalam marbel besar dan dibina sebuah bangunan khas, Anit Kabir (gambar) sebagai makamnya. Setelah 15 tahun kerajaan Turki mencuba lagi sekali untuk menanamnya tetapi gagal. Inilah azab yang menimpa Sang Penghancur Khilafah di dunia lagi.

 – source

Incoming search terms:

doa mencari rizki di pagi hari,dp bbm doa dilapangkan hatiny,kata bergambar musuh dlm selimut
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment