≡ Menu

Atlet Renang Tidur Di Lapangan Terbang New York?

Atlet Renang Malaysia tidur beralas 'sleeping bag'.Beberapa hari yang lepas, ramai yang mempertikaikan kisah atlet sukan renang kita , Pandelela Rinong yang tidur di tepi koridor lapangan terbang di New York.

Pandelela telah memenangi pingat gangsa di Temasya Sukan Olimpik 2013 dalam acara terjunan 10 meterplatform.

Dengan hanya beralas ‘sleeping bag’, beliau bersama beberapa atlet renang yang lain tidur di lapangan terbang New York semasa menunggu penerbangan transit dari New York ke Florida yang mengambil masa selama 8 jam.

Gambar tersebut telah di rakam oleh Pandelela dan tersebar melalui Twitter miliknya. Pelbagai respons diberi tentang gambar tersebut. Banyak yang negatif mempertikaikan tanggungjawab pihak pengurusan, tidak kurang juga yang merasakan Pandelela bersama rakan seperjuangannya telah meraih pengalaman yang menarik.

Pengalman anda pula bagaimana pula?

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment