≡ Menu

Asas Dan Matlamat Risalah Yang Jelas

Asas Dan Matlamat Risalah Yang Jelas

Hakikat kejelasan risalah Islam bertitik tolak daripada kejelasan asas dan matlamat yang hendak ditegakkannya. Kejelasan asas risalah Islam bermula dengan penafian segala bentuk dan manifestasi ilah dan sekaligus mengithbatkan uluhiyyah Allah. Penafian segala bentuk dan manifestasi ilah selain Allah bererti segala tumpuan, kemuncak matlamat, tempat perlindungan, curahan kecintaan, tempat memohon pertolongan dan sumber perundangan yang diberikan kepada selain Allah adalah batal dan tertolak. Asas penolakan ini sendiri menyatakan bahawa tidak ada satu pun tindakan manusia di atas muka bumi ini yang boleh membawa kesejahteraan dunia dan akhirat sekiranya ia tidak kembali kepada penerimaan terhadap risalah Islam. Asas risalah yang sebegini jelas tanpa samar-samar membawa maksud bahawa kehidupan manusia di dunia ini mestilah tunduk kepada segala- peraturan yang ditetapkan oleh Allah.

Di samping itu kejelasan asas risalah Islam yang dibawa oleh kalimah tayyibah sering diperkukuhkan lagi dengan ayat-ayat al-Quran yang sering menafikan segala bentuk ‘amalan dan cara hidup jahiliyyah. Ayat-ayat yang diturunkan di Makkah dalam banyak perkara menggunakan lafaz kalla ( كلى )’ sebagai kecaman dan ancaman terhadap orang-orang yang enggan menerima risalah Islam.

Selain daripada itu surah-surah yang diturunkan di Makkah juga sering mendedahkan hakikat pertembungan antara hak dan batil. Kisah-kisah Adam dan Iblis‘ serta kisah-kisah para anbiya’ dan musuh-musuh mereka diketengahkan bagi menarik perhatian terhadap hakikat percanggahan antara hak dan batil ini. Melalui hakikat ini jelas dipaparkan bahawa asas kepada perjuangan Islam ialah penentangan dan penolakan terhadapnya oleh golongan yang mendukung kebatilan sejak zaman berzaman.

Kejelasan asas risalah ini sendiri menjelaskan bahawa matlamat Islam itu sendiri adalah suatu yang berasingan dan berlanian daripada seruan-seruan selain daripadanya. Keunggulan risalah tauhid membawa pengertian bahawa Islam didatangkan untuk membina peradaban dan tatahidupnya yang tersendiri. Hakikat penolakan kepada asas-asas hidup selain daripada Islam sendiri bererti bahawa sistem itu tidak reda untuk menyertai atau disertai oleh sistem-sistem selain daripadanya. Ini bermaksud bahawa risalah ini bertujuan untuk membina sistemnya yang tersendiri, masyarakat-nya yang tersendiri, ummahnya yang tersendiri dan peradabannya yang tersendiri.

Keunggulan asas risalah ini juga menjelaskan bahawa matlamat yang dibawa oleh risalah Islam adalah dalam rangka untuk mewujudkan kekuasaannya yang tersendiri. Melalui kekuasaan ini akan tegaklah kekuatan ‘aqidah, kesyumulan peraturan hidup dan kesejagatan seruan ke arah ma’ruf serta pencegahan terhadap kekufuran, kebatilan dan kemungkaran.

“Ketahuilah, lafaz ( كلى ) tidak diturunkan di Madinah. Tidak tersebut dalam al-Quran di bahagian awalnya. Al-Ummani ketika menyebut hikmat perkara ini berkata: “Hikmatnya ialah kerana kebanyakan ayat di bahagian akhir al-Quran turun di Makkah dan kebanyakan penduduk Makkah adalah bersifat keras kepala. 

Oleh yang demikian lafaz itu disebut berkali-kali untuk mengancam dan memberi amaran kepada mereka.

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

Clothing/ Fashion/ Garments Industry
  |  (Unspecified city),
 - 22 Oct 2017

Description. Job summary. Our respected client is currently seeking for an experienced tooling manager with relevant experience within the rubber moulding or technical injection mo...

Business Service Industry
  |  (Unspecified city),
 - 22 Oct 2017

Description. Job Responsibilities Responsible to manage and drive the full spectrum of Human Resources & Administration functions with emphasis on strategic manpower planning, recr...

Digital Marketing/PR Agency
  |  (Unspecified city),
 - 22 Oct 2017

Description. Media Operations Director is an interesting role that will expose the winning candidate to the challenges in strategizing and executing the best solution on digital ma...

Construction Industry
  |  (Unspecified city),
 - 22 Oct 2017

Description. Our respected client is currently seeking a qualified accounts executive with a minimum 3 years' experience in related field for the job of Accounts Executive. The job...

Business / Consulting Services Industry
  |  (Unspecified city),
 - 22 Oct 2017

Description. Reporting to head of the business unit, you will be required to understand the business requirement from various key stakeholders and translate it into technical funct...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment