≡ Menu

Amir bin Abdullah Al- Tamimi Munajatnya Bernilai Sastera

bismillah2

Tangisan pertama Amir bin Abdullah al-Tamimi membuatkan bibir ibunya berkuntum senyuman. Dunia terasa lebih bercahaya dengan sinar harapan. Meskipun puteranya itu tidak sempat bertemu Rasulullah s.a.w., namun beliau terpilih untuk lahir sebagai tabiin. Penuh kemuliaan.
 
Pada waktu itu, kota Basrah basah dengan roh jihad. Khalifah Umar al-Khattab menjadikan Basrah sebagai kubu penyerangan kaum Muslimin terhadap tentera Parsi. Pemuda-pemuda Basrah siap sedia berlatih senjata dan sanggup menggadai nyawa bila-bila masa sahaja.
 
Celiknya mata Amir bin Abdullah al-Tamimi dalam lingkungan para pejuang itu. Khalifah Umar al-Khattab membuktikan bahawa Islam bukan agama pemberontak.
 
Tiada satu kota pun yang diserang tanpa menunjukkan etika yang tinggi. Terlebih dahulu, kaum Muslimin menawarkan kepada musuh sama ada memeluk Islam, membayar cukai (jizyah) atau berperang.
 
Amir bin Abdullah al-Tamimi pacla zaman kanak-kanaknya menyaksikan jihad demi jihad orang dewasa. Lantas, semangat menjadi tentera segagah mereka berkobar-kobar dalam imaginasi kecilnya saban hari.
 
Berjiwa Tentera
 
Ketika usia Amir meningkat dewasa, beliau senantiasa menyertai peperangan yang dilakukan oleh para sahabat r.a. Amir tahu, beliau berhak mendapat harta rampasan perang namun beliau tidak pernah tergiur mengumpul emas dan permata yang diperoleh. Beliau sangat zuhud terhadap dunia. Reda Allah matlamatnya. Syahid cita-citanya.
 
Pemimpin Basrah ketika itu ialah seorang sahabat yang terkenal, iaitu Abu Musa al-Ash‘ari r.a. Beliau memimpin secara terus pertempuran-pertempuran kaum Muslimin. Amir pula sering mengikuti Abu Musa dan tidak pernah berjauhan dari beliau.
Setiap hari Amir membahagikan waktunya kepada tiga bahagian:
 
1. Waktu untuk mengajar di masjid Basrah.
 
2. Waktu untuk berkhalwat (menyendiri) pada waktu malam.
 
3. Waktu untuk berjihad.
 
Begitu konsistennya beliau dengan rutin ini sehingga masyarakat menggelamya sebagai ‘Abid al-Basrah wa zahiduha (ahli ibadah dan ahli zuhud dari Basrah).
 
Munajat pada Malam Gelita
 
Pada saat malam membungkus warna alam, burung-burung gurun menutup kepak di sarang, rembulan dan bintang bak pengantin berhias, berdirilah Amir bin Abdullah al—Tamimi di hadapan Kekasih agungnya. Membongkokkan badan dan menyungkur sujud.
 
Waktu bersendirian dengan Pencipta terasa sangat istimewa. Tidak hairanlah, setiap malam dia ternanti-nanti saat itu. Lazat dan nikmat pada jiwa.
 
Pada setiap malam dalam peperangannya, ketika para pasukan sudah melelapkan mata, beliau selalu solat bersendirian. Dengan air mata berlinangan, beliau merintih: “Ilahi, Engkau telah menciptakanku dengan ketentuanmu dan Kau telah tempatkan aku dalam cubaan dunia ini. Lalu Kau katakan dalam firmanmu: ‘Bersabarlah! Maka bagaimana aku dapat bersabar daripada kelembutanmu?”’
 
“Ilahi, Engkau Maha Mengetahui, jika seluruh dunia ini ada yang memintanya dariku nescaya akan kuberikan seluruhnya. Duhai, betapa aku cinta kepadamu, maka permudahkan aku daripada musibah yang menimpaku ini, relakan aku atas qadakmu. Sungguh aku tidak peduli dengan yang lain wahai Kekasih, selain cintamu kepadaku…”
 
Beliau terus menunaikan solat dan berdoa sehingga subuh. Ketika hampir subuh, beliau berdoa lagi:
“Ilahi, subuh telah tiba, dan orang mulai bangun untuk mencari rezekimu dan setiap mereka berhajat kepadamu. Adapun hajat Amir kepadamu hanyalah ampunanmu.
 
“Ya Allah, kabulkanlah hajatku dan hajat mereka… Ilahi, hanya satu hajatku yang Kau tolak, iaitu agar Kau lepaskan rasa kantuk dariku siang dan malam selamanya, agar aku dapat beribadah kepadamu sebagaimana cintaku kepadamu (yang tidak pernah mengantuk)…”
 
Disenangi Rakan-Rakan
 
Walaupun beliau banyak beribadah, namun itu tidak bermakna beliau bersikap individualistik dan tidak berkawan. Bahkan beliau bagaikan ‘ubbad fi al-layl wa furs bi al-nahar(ahli ibadah pada malam dan penunggang kuda pada siang kerana selalu terkehadapan di medan jihad).
 
Beliau sering berpesan kepada teman-temannya di medan jihad: “Aku minta pada kalian tiga permintaan. Harapnya, janganlah kalian tolak. Pertama, aku ingin menjadi pelayan kalian yang menyediakan semua keperluan kalian. Kedua, aku ingin terus menjadi muazin (juruazan) kalian setiap waktu solat. Ketiga, aku ingin menafkahi semua keperluan kalian dengan wangku semampuku.”
 
Peribadinya yang suka mengambil berat keperluan orang lain menyebabkan dirinya sangat disenangi. Beliau disayangi Allah dan manusia.
 
Memilih Zuhud
 
Ketika kaum Muslimin berjaya mengalahkan kerajaan Parsi, maka berlimpahlah pelbagai harta yang tidak ternilai seperti mahkota dan perhiasan daripada emas dan berlian yang sangat indah dan mahal ke tangan kaum Muslimin. Kebetulan, kaum Muslimin dalam keadaan sangat miskin ketika itu.
 
Amir bin Abdullah ialah orang pertama yang membuka gudang penyimpanan harta maharaja Parsi, lalu dibawanya semua itu kepada panglimanya Qa‘qa bin Amru sambil berkata: “Inilah semua simpanan kekayaan raja-raja Parsi yang terbaik.”
 
Maka Qa‘qa memandangnya seakan tidak percaya, maka kata Amir: “Demi Allah, semuanya ini tidak berharga bagiku walaupun sehujung kukuku ini.”
 
Pengasih dan Penyantun
 
Dididik dalam suasana jihad tidak menjadikan beliau berjiwa keras dan kasar. Beliau memang tegas tetapi penyantun. Walaupun beliau seorang mujahid yang selalu bertempur melawan pelbagai pasukan musuh, tetapi beliau sangat pengasih.
Pernah suatu ketika, beliau melihat seorang ahli zimmi (orang kafir yang tunduk pada peraturan negara Islam) yang dianiaya, maka beliau membelanya dengan menampar orang yang menganiaya itu, sehingga beliau pun dikeroyok beramai-ramai dan dicekik lehernya.
 
Sambil tercungap-cungap mempertahankan diri, beliau berkata: “Wal|ahi! Jangan sekali-kali berani mengusik zimmah al-Rasul selagi aku masih hidup!”
 
Membalas Fitnah dengan Doa
 
Sebagai seorang yang sangat zuhud, beliau senantiasa berpesan agar jangan sekali-kali mendekati para penguasa. Beliau tidak bermaksud menghukum para penguasa itu jahat atau zalim, tetapi mengambil sikap berhati—hati daripada terpesona dengan pangkat dan harta.
 
Malangnya, kenyataan beliau diputar belit. Beliau difitnah sehingga mengakibatkannya diusir oleh khalifah agar berpindah ke Syam (sekarang Syria dan Jordan). Sekalipun demikian, beliau tidak pun kesal ataupun marah, malah beliau berdoa “Ya Allah, sesiapa jua yang telah mendustakan aku, menyebabkan keluarnya aku dari kota ini dan memisahkanku daripada sahabat-sahabatku, telah kumaafkan. Maka berilah mereka ‘afiat(keselamatan) di dunla dan akhirat, dan matikan kami dalam rahmat dan keampunanmu.”
 
Beliau sering menangis secara tiba-tiba sambil mengulang kata-kata: “Aku takut akan menyesal pada hari di mana tidak berguna lagi harta dan anak-anak, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat.”
 
Pulangnya kepada Kekasih
 
Amir bin Abdullah al-Tamimi wafat di bumi kiblat pertama kaum Muslimin iaitu Palestin. Ketika hampir wafat, beliau berkata dengan air mata berlinangan “Alangkah panjangnya jalan dan alangkah sedikitnya bekal.”
 
‘Alqamah bin Murid, seorang ulama Najd, berkata: “Zuhud berakhir pada lapan orang. Yang paling utama antara mereka ialah Amir bin Abdullah.” Semoga Allah s.w.t. merahmatinya, amin.
 
Profil Amir bin Abdullah al-Tamimi
 
1. Dilahirkan pada masa pemerintahan khalifah Umar r.a. di kota Basrah.
 
2. Berbadan tegap, berjanggut panjang, wajahnya bercahaya, banyak beribadah, mulia akhlaknya dan dibesarkan dalam lingkungan orang bertakwa (para sahabat) sejak kecil.
 
3. Ahli ibadah dan zuhud.
 
4. Salah seorang tentera Islam dalam peperangan menentang Parsi.
 
5. Diusir dari Basrah ke Syam kerana fitnah.
 
6. Meninggal dunia di Palestin.
Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Senior Perl Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Perl Developer. You will write robust, high quality, and production ready code that...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 20 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Tangent International
  |  (Unspecified city),
 - 19 Jul 2017

Executive Marketing Consultant. We are looking for an Executive Marketing Consultant, who will be result oriented and able to act as a key advisory to the Carrier Network Project,...

Uber
  |  Johor Bahru, Johor
 - 19 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment