≡ Menu

Amalan Sunnah Rasulullah SAW di Aidilfitri

Sunnah Rasulullah SAW di Aidilfitri

Dikala kita bergembira menyambut Aidilfitri, dikongsikan disini beberapa amalan sunat yang diamalkan oleh Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai sunnah baginda dan para sahabat. Walaupun satu syawal telah berlalu, tetapi ilmu ini tidak salah kita kongsikan untuk tatapan kita bersama.   

  1. Bertakbir. Takbir di Aidilfitri bermula apabila terlihatnya anak bulan dan berakhir selepas imam selesai membaca khutbah. Disunatkan juga untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid bagi menunaikan solat aidilfitri.

    “Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.”  – Surah al-Baqarah :185
  2. Melafazkan ucapan selamat. Kebanyakan umat islam di Malaysia sering mengucapkan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaaf Zahir dan Batin’. Namun diceritakan al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya :“Apabila para sahabat Rasulullah S.A.W bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (semoga  Allah menerima amalan kami dan amalanmu), ( ‘waminka’ boleh ditukar kepada ‘waminkum’ untuk diucapkan kepada orang ramai).
  3. Meneruskan Qiamullail. Sepanjang Ramadhan kita bersungguh-sungguh melakukan amalan ibadah seperti solat terawih, oleh itu kita seharusnya meneruskan hari-hari berikutnya dengan melakukan solat tahajjud. Qiamullail juga dikerjakan pada malam aidilfitti, namun qiamullail juga harus diteruskan pada hari-hari berikutnya sesudah bulan Ramadhan.
  4. Disunatkan juga mandi di pagi hari raya seperti mandi wajib iaitu sebelum pergi menunaikan aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi sunat ini. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau telah menjawap :“Tidak harus melakukannya. Tetapi, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari jumaat, hari Arafah, hari aidiladha dan aidilfitri” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad AL-Syafi’i, jil.1
  5. Makan sebelum solat Aidilfitri. Disunatkan untuk umat islam menjamah sedikit makanan sebelum menunaikan solat Aidilfitri. Perkara ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.“Rasulullah S.A.W. tidak akan pergi ke tempat solat  pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma. Murajja’ bin Raja; berkata : Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a. berkata :Rasulullah S.A.W akan memakannya dalam jumlah yang ganjil.” – Hadis riwayat al-Bukhari, 953.
  6. Memakai pakaian yang indah dan bersih. Disunatkan umat islam memilih pakaian yang terbaik serta indah mengikut kemampuan masing-masing.“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu hari jumaat, dua hari Aidiladha dan Aidilfitri dan tempat diadakan majlis (majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai pakaian yang bersih dan memakai wangi-wangian”  Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam Syafi’i, Jil. 1

    Disunnahkan bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita. Sabda Rasulullah S.A.W :“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina”. –Hadis riwayat al-Nasaai, 5036.
  7. Berjalan kaki apabila menuju ke masjid untuk menunaikan solat hari raya. Umat islam disarankan berjalan kaki menuju ke masjid bagi menunaikan solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Namun bagi mereka yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat yang agak jauh adalah dibolehkan dalam syarak.
  8. Mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan pulang dari mengerjakan solat Aidilfitri.
    Jabir Bin Abdullah r.a berkata :
    كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
    “Adalah Nabi S.A.W  pada hari aidilfitri baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya),” – al-Bukhari: 986
  9. Mengerjakan Solat Aidilfitri. Para ulama berbeza pendapat tentang hokum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumn ya sunat, dan sebahagian lagi mengatakan fardhu kifayah dan ada juga mnegatakan hukumnya fardhu ain (wajib), serta berdosa bagi yang meninggalkannya. Ibn Abbas r.a berkata :
    “Rasulullah SAW telah keluar pada ahri raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak 2 rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari, 989.
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment