≡ Menu

Amal yang Betul

Amal yang Betul

Satu lagi aspek pembentukan yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah memastikan para sahabah beramal dengan ‘amal-‘amal yang betul. Al-Qur’an berulang kali menyebut hubungan iman dengan ‘amal yang soleh. Iman menuntut kepada ‘amal sedangkan ‘amal sahih pula menambahkan kekukuhan iman‘. ‘Amal yang saleh ialah sesuatu ‘amal yang dilakukan kerana keikhlasan hati kepada Allah dan menurut jalan yang digariskan oleh syari’at.

Dalam pembentukan ‘amal yang betul langkah-langkah berikut telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w:

1. Mendidik dan menganjurkan para sahabah agar menjauhkan diri daripada dosa-dosa besar dan fawahisy. Ini berdasarkan kepada firman Allah:

“Dan hanya kepada Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga). (Iaitu) orang yang menjauhi dosa-dosa besar (kaba’ir) dan perbuatan keji (fawahisy) yang selain darzpada kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunannya. ”

(An-Najm: 31-32)

2. Mengajar para sahabah bersungguh-sungguh dalam melakukan sebarang ‘amal. Ini kerana seseorang itu tidak memperolehi hasil selain daripada usahanya sendiri.

Firman Allah:

“Dan bahawasan ya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakan. ”

(An-Najm: 39)

3. Menekankan bahawa kemuncak kepada segala ‘amal soleh ialah melakukan sesualu ‘amal yang memenuhi kemaslahatan yang paling utama bagi sesuatu suasana, keadaan dan masa.

Ketiga-tiga aspek pembentukan inilah yang sangat-sangat ditekankan oleh RasuluLlah s.a.w dalam pembentukan ‘amal para sahabahnya. Rasulullah s.a.w berjaya menyediakan manusia yang mengenal sempadan tingkah laku yang tidak boleh dicerobohi, melahirkan generasi manusia yang bersungguh-sungguh melakukan kerja-kerja yang bermanfa’at serta mewujudkan satu barisan para du’at yang mengenal keutamaan-keutamaan ‘amal.

Penekanan terhadap ketiga-tiga aspek di atas, wujud satu generasi umat Islam yang mendukung teguh kewajipan-kewajipan ad-Din, menjauhi segala dosa besar serta berjuang untuk menghapuskan fawahisy. Melalui penekanan ini juga muncullah satu generasi umat Islam yang bersungguh-sungguh dalam pelbagai bidang kerja dan kegiatan. Ini kerana setiap ‘amal yang mereka lakukan ditujukan untuk mendapat keredaan Allah. Lantaran itu mereka bersungguh-sungguh dalam bidang-bidang perniagaan, perdagangan, kemasyarakatan, pendidikan, pentadbiran, pemerintahan, peperangan dan sebagainya. Dengan sifat bersungguh-sungguh yang tertanam dalam diri mereka terhadap ‘amal, jadilah mereka manusia yang paling maju dalam serba serbi kegiatan dalam tamaddun manusia ketika itu.

Kemuncak kepada penekanan terhadap beramal dengan betul ialah melakukan sesuatu ‘amal tepat dengan keperluan dan kemaslahatan semasa. Asas ini merupakan di antara asas terpenting di dalam tanzim jama’i yang bergerak di atas jalan dakwah Islamiyyah. lni kerana perencanaan ‘amal yang bertepatan serta berseimbangan dengan keadaan dalaman tanzim serta persekitaran luarnya akan menjadikan setiap tindak-tanduk tanzim tersebut benar-benar berkesan dalam konteks pencapaian matlamatnya.

Melalui penentuan ‘amal yang tepat dengan kemaslahatan semasa, para sahabah hanya melakukan ‘amal yang sesuai dengan keperluan-keperluan utama bagi pembinaan asas masyarakat Islam. Mereka tidak membazirkan tenaga mereka melakukan perkara-perkara yang terlalu jauh pencapaiannya. Apatah lagi sekiranya perlaksanaan ‘amal tersebut boleh menggencatkan kemaslahatan yang sedang hendak dicapai.

Sebagai contoh sekiranya asas utama bagi sebuah masyarakat yang kuat ialah unsur-unsur seperti pemimpin-pemimpin yang berwibawa, anggota-anggota yang kuat imannya, jelas pemikirannya serta betul ‘amalnya, maka mereka beramal bersungguh-sungguh untuk memenuhi semua unsur-unsur tersebut. Oleh itu mereka tidak melakukan sesuatu ‘amal yang boleh mengganggu pencapaian kemaslahatan pada masa ini seperti mengangkat senjata ataupun membalas tindakan kekerasan dengan kekerasan.

Namun demikian ini tidak pula bermaksud bahawa mereka berpandangan singkat dan tidak melihat jauh dalam menyediakan keperluan-keperluan masa hadapan da’wah dan tanzim. Pandangan yang singkat terhadap perjuangan Islam tidak wujud di kalangan para sahabah kerana mereka telah diberikan gambaran menyeluruh tentang tujuan perjuangan Islam. Apa yang mereka lakukan hanya melaksanakan sesuatu ‘amal menurut tertibnya berkadar dengan tahap-tahap yang dilalui dalam perjuangan. Di mana pada akhirnya keseluruhan ‘amal-‘amal tersebut akan membolehkan mereka mencapai tujuan keseluruhan perjuangan Islam itu sendiri.

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

AIA Careers
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Job Description. Ability to lead and manage ISO related activities and implement ISO to the organisation. To prepare and review related documents for ISO certification and audit p...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Senior Back End Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Back End Developer. You will write robust, high quality, and production ready c...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 24 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Uber
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 23 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment