≡ Menu

Al-‘Ahd Al-Madani

Al-‘Ahd Al-Madani

Al-‘Ahd al-Madani bermula dengan penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah. Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba, keadaan kota Madinah terdiri daripada beberapa daerah yang didiami oleh qabilah-qabilah ‘Arab, terutamanya daripada rumpun suku-suku Aus dan Khazraj, dan qabilah-qabilah Yahudi seperti Banu Nadir, Banu Quraizah dan Banu Qainuqa’. Biasanya daerah-daerah ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu daerah pertanian dan rumah-rumah tempat tinggal, dan yang kedua ialah daerah yang terdiri daripada benteng ataupun kubu-kubu pertahanan’.

Al-‘Ahd al-Madani bukan sahaja merupakan era penghijrahan yang berbentuk pemindahan dari satu kota ke sebuah kota yang baru, tetapi ia juga menggambarkan kesulitan dan kerumitan dakwah dan perjuangan yang mesti diharungi oleh kaum muslimin di atas beberapa perkiraan berikut:

a. Penyatuan hati, penyelarasan kefahaman dan pembulatan tekad perjuangan di kalangan saff muslimin Makkah dan Madinah.

b. Persediaan saff muslimin terhadap satu masyarakat yang kompleks daripada segi struktur kemasyarakatannya yang mudah berlaku peperangan sesama sendiri, kepelbagaian agama dan budaya serta monopoli ekonomi yang berada di tangan orang-orang Yahudi.

c. Kewujudan Madinah sebagai Darul Islam yang lelah mendefinasikan satu bentuk pertembungan yang baru dengan negara musyrikin Quraisy di Makkah. Jika selama tiga belas tahun yang silam, pertembungan adalah di antara pihak yang berkuasa dengan satu kumpulan minoriti di dalam sebuah negara yang sama, tetapi kini ia merupakan satu pertembungan di antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain.

Dengan pertolongan Allah, Rasulullah s.a.w berjaya mengatasi kerumitan-kerumitan di atas dan sekali gus dapat menegakkan Negara Islam yang pertama di Madinah. Rasulullah s.a.w dibantu dengan sokongan dan pengorbanan kaum Ansar dan Muhajirin yang telah lama ditarbiyyahnya.

Dalam peringkat perjuangan ketika ini, RasuluLlah s.a.w dan para sahabahnya menghadapi satu suasana baru dan mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan Negara Islam. Wujudnya Negara Islam di Madinah merupakan satu tamparan yang hebat kepada pemerintahan musyrikin Quraisy di Makkah. Ini kerana sebelum itu tidak ada sebarang kuasa di Semenanjung ‘Arab yang dapat menyaingi, apatah lagi mencabar kepemimpinan Quraisy terhadap seluruh bangsa ‘Arab.

Kesan daripada wujudnya Negara Islam di Madinah, maka berlakulah pergeseran yang akhirnya memuncak menjadi pertembungan bersenjata di antara Makkah dan Madinah. Pergeseran ini kemudiannya bukan hanya melibatkan musyrikin Makkah, tetapi menyeret seluruh golongan bukan Islam daripada kalangan kaum musyrikin dan Ahlul Kitab untuk turut terbabit dan bersepakat memerangi Negara Islam di Madinah. Kemuncak kepada pertembungan ini berkesudahan dengan peperangan-peperangan atau ghazawat di antara kaum muslimin dengan golongan-golongan ini‘.

Setiap peringkat da’wah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w di Madinah menyediakan kaum muslimin untuk satu peringkat dakwah yang baru. Peringkat al-Madani merupakan zaman diturunkan ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan undang-undang. Setiap peringkat ini pula diisi denga turunnya ayat-ayat al-Quran yang bersifat perundangan. Proses perundangan ini pula berlaku dengan turunnya ayat-ayat hukum yang sebahagiannya secara tadrij, ijmal dan tafsil bagi memperkukuhkan asas-asas Islam sebagai syari’at yang syumul. Dalam peringkat ini juga terdapat perlaksanaan hukum-hukum dan perundangan yang merangkumi seluruh bidang kegiatan manusia. Sebahagian daripada hukum-hukum itu pula timbul sebagai jawaban bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum muslimin dengan perkembangan ummah. Rentak perjuangan Islam yang dipimpin oleh RasuluLlah s.a.w di Madinah juga ditentukan oleh ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan menurut peringkat-peringkat tertentu’. Seluruh perjuangan di Madinah berpandukan kepada wahyu yang diturunkan secara berterusan.

Peringkat perjuangan di Madinah adalah satu perjuangan yang luas ruang lingkupnya. Peringkat-peringkat dakwah dan perjuangan di Madinah dapat dilihat secara kasar sebagai berikut: 

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment