php hit counter

Aku Hanya Sekeping Hati

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

hati2

Bicara hati ni memang tak pernah habis. Dari hati kita dapat mengenali dan menilai seseorang itu. Hati yang ingin dibicarakan ini dalam konteks yang pelbagai.
 
Ada pelbagai jenis hati…..
 
1. HATI MULUS
 
dimiliki oleh orang yang jujur nuraninya. Berbaik sangka.Tiada cemburu(yang tidak bertempat).
Dia sentiasa berfikiran positif, kerna hati menggerak akal,lalu terserlah ke wajah.
 
2. HATI KOTOR
 
Hatinya sentiasa tidak tenang. Selalu mencari kesalahan orang lain, tanpa menilai diri sendiri.
 
Kata-katanya saja yang betul. Tidak mengambil kira pandangan orang lain. Kadang-kadang ada juga jenis hati, yang tidak boleh melihat orang lain senang. Hati begini, telah dikuasai nafsu, tanpa dapat dikawal oleh akal.
 
Kalau ia tidak dirawat, boleh jadi barah di dalam perlakuan pula.
 
3. MAKAN HATI, JATUH HATI, JAUH HATI.
 
Ada orang makan hati. Sebab? Banyak perkara yang dirunsingkan. ‘
 
Mungkin juga dia jadi seperti sedutan filem P.Ramlee (MADU TIGA):), atau teraniaya.
 
Dalam konteks laimjatuh hati,perkara lumrah dalam hidup manusia,kerana perasaan itu Allah hadirkan dalam naluri insan, terpulang kepada kita yang mengawal dan menguruskannya.Selain itu, jauh hati pula boleh berlaku sekiranya berlaku pergaduhan atau pertelingkahan. Penyakit ini juga sangat bahaya.
 
4. SAMPAI HATI.
 
Tiada perasaan belas dalam diri. Itu yang kadang-kadang boleh jadi kes penderaan, pembunuhan dan sebagainya. Ini
juga dah penyakit kronik. Macam virus yang menyerang pc:).
 
*Hati yang mulus dan tenang boleh kita sama-sama miliki dengan cara sentiasa mengingatiNya. Kalau hati runsing, perbanyakkan membaca Al-Quran, solat taubat. Menilai diri sendiri dari semasa ke semasa. Ada nian kcikhlasan. Itulah cara rawatan yang paling baik.
 
*Moga hati-hati kita semakin dekat denganNya. Sesungguhnya Allah tidak memandang pada paras rupa, tetapi pada hati-hati yang bertakwa.
 
*Mafhumminal hadis (kefahaman dari hadis): Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging, bila baik ia maka baiklah seluruh anggota tubuhnya. Daging yang dimaksudkan itu ialah hatinya.
 
“Hati melahirkan garisah rasa, membersitnya sirna seri, tampaknya di air muka. Biasan nukilan pastinya dari jiwa”.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.