≡ Menu

Akibat Dadah, Wajah Menjadi Hodoh

Seorang remaja nakal yang hanya tinggal separuh kepala berikutan satu kemalangan, semalam menyalahkan arak dan dadah yang menyebabkan wajahnya agak jelik.

Ini kali pertama remaja itu bercakap mengenai kemalangan itu.

Carlos ‘Halfy’ Rodriguez, yang lebih dikenali sebagai Sosa, kehilangan sebahagian besar otak dan tengkoraknya selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dia tercampak keluar menerusi cermin depan kereta sebelum jatuh kepala dulu di atas jalan raya.

Dalam satu video baru, dia menggunakan pengalamannya untuk menasihat orang ramai supaya tidak minum arak dan mengambil dadah.

 

Doktor terpaksa memotong sebahagian besar daging dan tulang kepala untuk menyelamatkan dia dan sejak itu dia meneruskan kehidupannya di Miami, Florida.

“Saya khayal kerana mengambil dadah. Saya memandu dan melanggar tiang yang menyebabkan saya tercampak keluar menerusi cermin depan,” katanya dalam mesej menerusi You Tube.

Sambil menunjukkan kepalanya ke arah kamera, dia berkata: “Dan inilah akibatnya. Kerana itu, adalah tidak bagus untuk minum arak atau mengambil dadah dan kemudian memandu. Ia tidak bagus,” katanya.

Menurut akhbar Jerman, Bild, Sosa mengalami kemalangan itu ketika berusia 14 tahun.

“Saya bersama seorang sepupu dan seorang rakan, mencuri kereta. Kami memandu terlalu laju dan hilang kawalan hingga menyebabkan kemalangan,” katanya

‘Rodriguez menjadi terkenal dua tahun lalu selepas dia ditahan atas dakwaan cuba melanggan pelacur.

Polis Miami berdepan dengan masalah dalam menyediakan laporan. Dokumen itu tidak mempunyai nama, kecuali perkataan ‘Separuh Kepala.’

Gambar yang menunjukkan dia tidak berdahi dan bahagian atas kepala termasuk ke dalam tersebar ke seluruh dunia tetapi ramai yang menyangka ia berita palsu.

Bagaimanapun, video baru itu membuktikan dia dan kecederaan melampaunya itu memang benar.

Tetapi, walaupun dengan mesej yang serius untuk menjauh narkotik, Rodrizuez kelihatan masih jauh daripada mengubah gaya hidupnya apabila dia mengaku masih menghisap dadah.

Dalam kenyataan mengejutkan, dia menuduh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga berbuat demikian.

“Ini yang saya lakukan setiap hari, menghisap dadah,” katanya.

“Obama ialah Presiden Amerika Syarikat dan dia juga menghisap dadah. Dan kenapa saya tidak boleh menghisapnya.”

‘Halfy’ bukan satu-satunya orang yang terselamat dan menjalani kehidupan dengan separuh kepala.

Di Britain juga ada beberapa orang sepertinya.

Remaja belasan tahun, Ben Maycock bernasib baik kerana terselamat selepas diserang dengan tukul besi yang menyebabkan sebahagian besar tengkoraknya lekuk pada 2010.

Experteer GmbH
  |  Shah Alam, Selangor
 - 20 Oct 2017

Unser Auftraggeber ist eine international tätige Unternehmensgruppe mit knapp 600 Mitarbeitern an sieben Standorten in Europa, USA, Malaysia und China. Als global agierendes Untern...

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 19 Oct 2017

Description. This CRM Team will consist of 3 people. 1 Senior Consultant, and 2 Consultant, with Application Management for CRM. We are searching for a local delivery Team of 2 3 C...

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Oct 2017

To provide risk monitoring and governance related activities which is independent from the sales process, to assist Credit Risk in managing the risk within Corporate & Institutiona...

Citigroup Transaction Services (M) Sdn Bhd
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Oct 2017

Primary Location. Malaysia,Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur. Education. Bachelor's Degree. Job Function. Documentation and Information Management. Schedule. Full time. Shift. Day ...

KPMG PLT
  |  Petaling Jaya, Selangor
 - 17 Oct 2017

Responsibilities. Lead accounting advisory projects (technical as well as process) along with other solutions of AAS including. Implementation assistance with new financial reporti...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

muka hodoh,perempuan paling hodoh di dunia,wanita paling hodoh di dunia,orang paling hodoh didunia,wajah lalaki muka hodoh
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment