≡ Menu

Ajar Pasangan Anda 4 Ilmu Kewangan Ini Sebelum Kahwin

tip-pengurusan-kewangan-rumah-tangga

4 Tip Pengurusan Kewangan Rumah Tangga

Baik sebelum mahupun selepas berkahwin, masalah kewangan sememangnya akan sentiasa berlegar-legar di minda kita. Jangan terkejut, biarpun ada individu yang bergaji besar mereka pun turut tidak lari dari menghadapi masalah kewangan. Bagi lelaki, golongan ini lebih banyak menggalas tanggungjawab kerana nafkah terletak di bahu mereka. Tetapi masih ramai lagi yang gagal dalam aspek pengurusan kewangan rumah tangga.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, adalah lebih baik kita memahami  dan mendalami tentang mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Jika konsep ini dapat difahami, adalah lebih mudah kita untuk mengikuti tip-tip yang diberikan di bawah ini.

1. Pendapatan tetap dan tambahan

Pada zaman sekarang, memang ramai isteri yang dilihat keluar bekerja. Ini adalah sebahagian kehendak hidup yang perlu dilakukan demi membantu suami meringkan bebanan kewangan keluarga. Tidak dinafikan, harga barang pada masa kini amat berbeza berbanding dahulu. Selain kos hidup yang semakin meningkat, suami juga perlu memikirkan tentang pendapatan tambahan untuk menyara kos sara hidup.

Apa yang boleh suami lakukan? Cuba mempelajari selok belok perniagaan dan memasarkannya di internet. Dunia perniagaan di internet antara lubuk yang dianggap lumayan.

2. Agihan duit pendapatan

Sekiranya kita sudah menerima duit gaji daripada majikan, sila segera mengagihkan duit tersebut untuk bayaran-bayaran tertentu. Jangan sesekali kita gunakan duit selagi kita belum memperuntukan bayaran seperti ansuran rumah, bil utiliti, ansuran kereta dan sebagainya. Jika tidak, kita akan rasa terbeban untuk membayar dikemudian hari.

3. Berjimat dalam berbelanja

Jika kita merancang untuk berbelanja di pasar raya, adalah lebih baik menulis dahulu senarai barang yang mahu dibeli. Setidak-tidaknya, kita dapat mengatasi masalah lebihan belanja. Tambahan pula, dengan adanya senarai barang ini, sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan nafsu kita daripada membeli barang yang   tidak perlu.

Selain itu, kita juga boleh melakukan perbandingan harga di beberapa buah pasar raya. Biarpun terdapat perbezaan harga RM1-RM2 bagi setiap barang, itu sudah cukup memberikan banyak penjimatan. Bayangkan jika kita dapat berjimat, lebihan wang tadi boleh disimpan.

4. Menabung

Mungkin ada yang berpendapat, menabung pada zaman sekarang merugikan berbanding melakukan pelaburan. Ini kerana pelaburan yang semakin popular pada zaman sekarang adalah menyimpan emas. Memang tidak dinafikan, pelaburan seperti emas mahupun hartanah sememangnya memberikan pulangan yang lumayan pada masa akan datang.

Namun begitu, menabung juga boleh dimulakan pada skala kecil. Sama ada RM100, RM200 sebulan itu sudah memadai bergantung kepada pendapatan sesebuah keluarga itu. Amalan menabung ini sedikit sebanyak dapat membantu kita sekiranya berlaku sesuatu kecemasan dikemudian hari. Kita hanya merancang dan hanya Allah SWT sahaja yang menentukan.

– source

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

Leading Medical Device Company
  |  (Unspecified city),
 - 20 Oct 2017

Description. Single contributor roleBased in KL, Malaysia PURPOSE The successful incumbent will be responsible for expanding the company's business field in assigned region. He She...

FMCG Market Leader
  |  (Unspecified city),
 - 20 Oct 2017

Description. Reporting to the CFO, you will be responsible for finance decision support for their supply chain operations. This will include active partnership with Supply Chain an...

Automotive Industry
  |  (Unspecified city),
 - 20 Oct 2017

Description. Reporting to the Vice President for Operations and Supply Chain. Asia Pacific based in Singapore (APAC HQ), you will be responsible for overall direction, control and ...

Citigroup Transaction Services (M) Sdn Bhd
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 19 Oct 2017

Primary Location. Malaysia,Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur. Education. Bachelor's Degree. Job Function. Documentation and Information Management. Schedule. Full time. Shift. Day ...

OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 19 Oct 2017

Job Description. Source and shortlist suitable candidates through direct headhunting and various recruitment channels. Attend interviews with hiring managers and apply competency b...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment