≡ Menu

Air Paip dan Roti 5000 Rupiah

paip-air

Keluarlah dari wilayah amanmu dan masuklah ke Wilayah berani.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Ya Allah,hanya rahmatmu yang aku harapkan. Oleh kerana itu jangan Engkau membiarkan diriku (tanpa mendapat pertolonganmu) walapun sekejap, dan perbaikilah seluruh urusanku. Tidak ada yang hak ditaati selain Engkau.” (Riwayat Abu Daud)
 
Menjadi perantau di rantau orang bukanlah seperti berada di tanah air sendiri. Kehidupan di rantau orang mengenalkan Hasanah erti cabaran. Kini realiti kehidupan berada di hadapan matanya. Dia tidak lagi berada di bawah bayang-bayang kedua-dua orang tuanya melainkan dia harus lebih berdikari dan berdiri atas bayang-bayang sendiri.
 
Cabaran pertama yang harus dihadapi oleh Hasanah ialah rasa lapar dan dahaga. Jika di rumah sendiri, segala makan minum terhidang di depan mata, kini Hasanah harus terbiasa dengan air paip dan roti 5000 rupiah. Hasanah sudah terbiasa dan lali dengan warna kuning yang kadang-kadang keluar bersama air paip tersebut. Bahkan bau payau seperti air paya sering juga keluar dari air paip tersebut. Rasa roti 5000 rupiah atau jika dinilai dalam ringgit hanyalah 20 sen seperti roti yang ada di pasaran pada masa itu. Cuma jika hendak membelinya harus pandai-pandai memilih. Khuatir tertelan cendawan atau kerana roti tersebut dibiarkan terlalu lama berjemur di bawah panas terik matahari, kemudian terkena hujan di luar.

roti

Di negara orang, Hasanah belajar mengikat perut agar tidak cepat lapar. Sering kali dipujuk rasa hatinya agar tidak mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara sia-sia. Akhirnya perut Hasanah mudah menerima makanan yang dahulunya tidak digemarinya seperti tauhu dan tempe, yang sesuai dengan poketnya yang berstatus mahasiswa.
 
Kadang-kadang, Hasanah berpeluang untuk merasai pecel lele; ikan keli yang digoreng berserta sambal dan ulam. Pecel lele akan terasa nikmat jika dimakan bersama nasi panas. Makanan seperti itu agak mewah menurut mahasiswa seperti Hasanah dan teman-teman, meskipun ikan kelinya kurus tidak berisi, licin tidak bersisa dengan tiga kali cubitan bersama cecah sambal dan nasi panas.
 
Setelah melalui pahit getir dunia mahasiswa, kini Hasanah dapat tersenyum lebar dengan kejayaannya. Air paip dan roti 5000 rupiah tidak pernah menjadikan Hasanah menjadi insan yang mundur atau ketinggalan. Hasanah belajar bahawa isi perut bukan penentu kejayaan, namun isi akallah yang menentukan kedudukannya di mata masyarakat.
 
Zon Selesa Tetapi Membunuh
 
Hasanah telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. untuk keluar dari zon selesanya. Dia telah diberi kesempatan untuk melihat dunia asing sehingga menjadikan dirinya seorang manusia yang berjaya. Mungkin kata-kata daripada pakar motivasi: “Keluarlah dari wilayah amanmu dan masuklah ke wilayah berani,” merupakan bahasa yang tepat untuk Hasanah. Tahukah kita wahai sahabat-sahabat sekalian bahawa manusia gemar dan suka berada dalam wilayah aman? Kita seringkut untuk melangkah
keluar daripada kedudukan selesa kita.
 
Apakah contoh wilayah atau zon aman ini? Contohnya seperti kita senang dan suka saat mendapat imbuhan atau wang poket daripada kedua-dua orang tua tanpa perlu berusaha memperoleh pendapatan sendiri. Itu contoh dari segi material. Contoh lain pula seperti kita hanya “berkulat” dengan berita dan isu yang terjadi di persekitaran kita tanpa menjengah ke dunia luar. Kita prihatin dengan nuansa politik negara, namun “ngah” dengan keadaan saudara seislam di negara lain yang kebuluran dan kelaparan.
 
Tanda-tanda zon selesa antaranya ialah kita suka melakukan hal-hal yang disukai atau dalam erti kata lain relaks dan santai. Zon selesa juga sangat sinonim dengan keamanan dan ketenteraman. Jadi, Palestin, Iraq, Afghanistan dan Somalia bukanlah zon selesa atau wilayah aman yang dimaksudkan kerana pergolakan, peperangan dan kebuluran sedang terjadi disana.
 
Tanda lain bagi zon selesa, setiap suatu yang kita lakukan ada kemudahan dan kepastian. Apa yang dialami oleh Hasanah di perantauan saat beliau tidak pasti apa yang akan dimakan olehnya pada keesokan hari, menunjukkan beliau tidak berada di zon selesa. Zon selesa juga bebas daripada risiko dan merupakan hal-hal yang biasa kita lakukan. Zon selesa ialah perkara-perkara yang telah kita ketahui, tempat-tempat biasa yang sering kita kunjungi, kawan-kawan yang telah kita kenali dan kegiatan yang kita lakukan secara rutin. Zon selesa ini mudah, kita tidak perlu ber?kir panjang dan berusaha lebih untuk melakukannya.
 
Jika kita perhatikan keadaan ini dan kita bandingkan dengan kehidupan para ulama terdahulu yang sering mengembara mencari ilmu, bertukar ganti guru, maka kita akan sedar bahawa untuk menjadi manusia yang luar biasa, kita perlu berani keluar dari zon selesa.

wpid-5000-rupiah-2011_736_2041506711c974662l

Ilmu dan Zuhud
 
Sahabat-sahabat, masih ingatkah kisah Imam al-Syaf‘i yang mengembara dari sebuah negara ke sebuah negara demi ilmu? Pengembaraan kerana kecintaannya kepada ilmu. Ilmu telah menjadikan dunia di tangannya, bukan di hatinya. Atau dalam erti kata lain, beliau zuhud dengan dunia, namun kaya dengan ilmu. Sikap Imam al-Syaf‘i ini cerminan bahawa beliau berani keluar dari zon selesa; berhadapan dengan risiko ditolak oleh guru-guru yang tidak pernah dikenalinya, bahkan mungkin kehabisan wang belanja saat mengembara. Dalam sejarah yang dicipta oleh manusia yang berjaya, kita tidak akan bertemu dengan kejayaan yang dicipta hanya dengan senang-lenang. Namun kejayaan sering tercipta hasil daripada kegagalan atau penolakan berkali-kali.
 
Bahkan beliau pernah berkata: “Orang yang mempelajari al-Quran, nilainya akan lebih tinggi. Orang yang mempelajari fiqah wibawanya akan naik. Orang yang menulis hadis, hujahnya menjadi kuat. Orang yang mempelajari matematik, fikirannya akan jerih. Orang yang mempelajari bahasa, hatinya akan lembut dan orang yang tidak dapat menjaga dirinya, ilmunya tidak akan bermanfaat.” Lihatlah betapa dalamnya penelaahan beliau tentang ilmu. Semua ilmu yang disebutkan itu dikuasainya dengan baik hasil bersusah payah dan berani mencuba.
 
Imam al-Mawardi juga pernah menulis: “Setiap sesuatu yang diinginkan pasti memiliki penggerak dan penggerak itu ada dua iaitu hasrat dan rasa takut.” Seorang penuntut ilmu, harus memiliki hasrat dan rasa takut itu. Hasrat untuk mendapatkan pahala daripada Allah bagi orang yang mengharapkan keredaan dan menjaga perintah Allah, dan rasa takut daripada hukuman Allah bagi orang yang meninggalkan perintah dan memandang remeh ancaman Allah. Ketika hasrat dan rasa takut itu bersatu, ia akan membawa kita kepada kewujudan ilmu dan hakikat zuhud, kerana hasrat ialah pendorong terkuat untuk belajar dan rasa takut pula penyebab utama dalam berzuhud.
 
Penekanan tentang rasa takut dan harap yang ditulis oleh Imam al-Mawardi sangat bertepatan dengan aqidah seorang Muslim. Rasa takut kita kepada Allah akan menjaga kita daripada melakukan perkara mungkar kerana maksiat ialah penghalang bagi ilmu dan rasa harap atau hasrat merupakan motivasi paling besar bagi kejayaan manusia. Tanpa hasrat, manisia tidak ubah seperti sebuah robot yang hanya mengikut arahan tanpa dapat ber?kir baik dan buruk sesebuah tindakan.
 
Memecahkan Tembok Selesa
 
Sahabat, kita tidak semestinya harus keluar negara untuk menjadi manusia luar biasa kerana pada hakikatnya ramai insan-insan luar biasa yang berjaya hasil “produk tempatan”. Keluar dari zon selesa pada zaman Internet kini telah menjadi begitu luas detnisinya. Anda tidak perlu menaiki unta selama tiga bulan untuk mendapatkan sebuah hadis kerana kini hadis telah dikumpulkan dalam perpustakaan online seperti Maktabah Syamilah. Anda akan kelihatan aneh jika memberi alasan tidak mengetahui keadaan saudara kita di Somalia kerana dunia tanpa sempadan kini bebas memberitakan tentang keadaan hatta di hujung dunia sekalipun.
 
Lihat revolusi Mesir, bagaimana pemikiran masyarakat berkembang sehingga mereka berjaya menjatuhkan pemerintah tirani yang berkuasa hampir lebih 30 tahun. Masyarakat Mesir waktu itu menggunakan Internet sebagai medium meraih simpati dunia. Masih ingat kejadian Tsunami di Jepun?
 
Beritanya tersebar di dunia maya hanya dengan kiraan saat dengan “tweet” daripada Twitter seorang mangsa di sana yang ingin mengkhabarkan keadaannya kepada teman laman sosialnya.
 
Kini jarak ribuan kilometer bukan lagi halangan. Untuk memecahkan tembok selesa ini, seorang mahasiswa hanya perlu sebuah keberanian yang didasarkan oleh rasa takut kepada Allah dan hasrat untuk memperoleh kejayaan. Mari sahabat, kita sama-sama ubah paradigma dan cara kita berfikir tentang kehidupan.
 
Mari kita buang jauh-jauh zaman hedonisme, materialisme, vandalisme dan jahiliahisme yang telah meratah urat nadi kita hampir sedekad kebelakangan ini.
 
Semoga Allah memberi pertolongan dan hidayahnya kepada kita. Biiznillah!
Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 24 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

AIA Hong Kong
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Description. Company Name. AIA BHD Position Title. Branch Executive Department. Functional Area. Johor Bahru DU Customer Centre Reports to. Branch Head Current Job Grade Level CCB0...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

PostgreSQL Database Programmer and Administrator (DBA). Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced PostgreSQL Database Programmer. Administrator. You will p...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Senior Perl Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Perl Developer. You will write robust, high quality, and production ready code that...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment