≡ Menu

5 Menu Sarapan Ketika Hujung Minggu

keluarga-bahagia

5 Menu Sarapan Di Rumah Ketika Hujung Minggu

Hujung minggu adalah waktu yang ditunggu-tunggu untuk berehat setelah penat berkerja pada hari-hari sebelumnya. Ketika ini adalah waktu yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan sarapan bersama di rumah adalah salah satu aktiviti yang baik untuk mulakan hujung minggu anda.

Bahkan Dr Fadhilah Kamsah, Motivator terkenal juga mengatakan makan bersama ahli keluarga adalah salah satu tips mencapai keluarga bahagia.

Oleh itu kami kongsikan 5 menu yang boleh anda masak untuk sarapan mudah di rumah tanpa mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.

1. Lempeng Kelapa+Sambal Sardin

makanan-2

Pasti ramai di antara ibu bapa akan mengimbau kenangan makan lempeng kelapa sewaktu mereka membesar dan apa salahnya perkenalkan menu ini kepada anak-anak anda. Penyediaan yang cukup mudah dengan mengunakan tepung gandum, kelapa parut, air dan juga garam sememangnya cukup mudah untuk dibuat

2. English Big Breakfast                                                                                                                                  

makanan-3

Sesekali apa salahnya ubah citarasa dengan membuat set sarapan ini untu sekeluarga. Bahkan ia lebih menjimatkan daripada memesan di restoran atau kafe diluar. Pasti menyelerakan scrabble egg yang dimasak lembut dan dimakan bersama baked bean serta chicken ham. Boleh lengkapkan dengan kopi atau the gaya English.

3. Pulut Kelapa Parut + Ikan Masin Goreng

makanan

Menu ini juga salah satu menu kampung yang sesuai untuk anda sediakan sebagai menu sarapan untuk keluarga anda. Bagi generasi muda mungkin terasa janggal memakan pulut di waktu pagi tapi setelah merasanya pasti mereka akan menambah buat kali kedua. Lebih padu lagi sediakan sekali sambal tumis ikan bilis ranggup.

4. Bihun Goreng Seafood

makanan-4

Menu yang sangat sinonim untuk sarapan dan pasti juga ramai yang tidak akan menolak bihun goreng yang masih panas sewaktu sarapan. Anak-anak kecil pasti sibuk mengutip hidupan laut seperti sotong dan udang yang anda letak dalam bihun goreng ini.

5. Ubi Kayu Rebus + Sambal Tumis

makanan-5

Pasti menu ini membuka selera anda dan mengimbau kenangan bagi yang membesar di kampung. Ubi kayu yang direbus sehingga embuk dan sambal tumis yang pedas-pedas manis memang akan buatkan anda makan sambil berkongsi cerita apa yang telah berlaku sepanjang minggu bersama keluarga.

– source

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Senior Perl Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Perl Developer. You will write robust, high quality, and production ready code that...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 20 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Tangent International
  |  (Unspecified city),
 - 19 Jul 2017

Executive Marketing Consultant. We are looking for an Executive Marketing Consultant, who will be result oriented and able to act as a key advisory to the Carrier Network Project,...

Uber
  |  Johor Bahru, Johor
 - 19 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment