≡ Menu

4 Tips Persediaan Sebelum Pergi Melancong

4 Tips Persediaan Sebelum Pergi Melancong

Melancong adalah aktiviti yang sering ditunggu-tunggu tidak kira sesiapa sahaja terutamanya bagi yang sudah berkeluarga. Kerana dengan melanconglah kita semua dapat melepaskan lelah setelah penat bekerja.

Apabila tiba sahaja cuti sekolah atau cuti umum, maka berduyun-duyunlah masing-masing membawa keluarga pergi bercuti. Melancong dalam atau luar negara sekalipun yang penting kita dapat merasai keseronokkan bersama yang tersayang. Setiap lokasi pelancongan mempunyai tarikan keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu, bagi mengelakkan sebarang masalah dalam percutian kita, kita perlu mengetahui  tips persediaan asas sebelum keluar pergi melancong.

#1 Tentukan Tempat Percutian

Langkah pertama, kita perlu menyenaraikan lokasi percutian yang ingin dituju. Buat senarai pendek, dan buat perbincangan bersama pasangan lokasi mana yang dianggap sesuai. Jika mahu bercuti ke Kedah, maka ketahui lokasi mana yang perlu dilawati. Katakan kita memilih Pulau Langkawi, maka percutian perlu difokuskan dalam satu-satu tempat sahaja.

Dalam menentukan lokasi percutian, sila pastikan bahawa kawasan yang ingin dituju sesuai dengan iklim cuaca pada ketika itu. Jika musim tengkujuh tiba, elakkan pergi melancong ke kawasan yang sering terdedah kepada banjir besar. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Lebih-lebih lagi jika kita memilih untuk bercuti di pantai, cuaca musim tengkujuh dianggap tidak sesuai.

Sebagai tambahan, jika mahukan idea pelancongan tempat menarik, boleh layari laman web Groupon. Ini kerana mereka turut  menawarkan percutian menarik dengan diskaun yang tidak masuk akal. Bagaimanapun ia bergantung kepada sesebuah lokasi yang ditawarkan.

#2 Mengkaji Lokasi Percutian Pelancongan

Kita perlu membuat sedikit kajian tentang keadaan persekitaran lokasi pelancongan tersebut. Sebagai contoh tadi, kita memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi kita. Lakukan analisa tempat-tempat menarik di kawasan tersebut.

Anda digalakkan membuat susunan tempat-tempat menarik mengikut tempoh menginap di sana. Contohnya, hari pertama aktiviti Tour Island dan Cable Car. Hari kedua Makam Mahsuri dan begitulah seterusnya. Perancangan ini nampak mudah, namun sangat membantu melancarkan hari percutian kita.

#3 Rancang Perjalanan

Kita boleh memilih untuk merancang perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan awam ataupun kenderaan sendiri. Jika mahu menjimatkan masa, boleh menaiki kapal terbang. Jika mahu merasai keseronokkan melancong boleh menaiki kereta. Bagaimanapun, kedua-duanya terpulang mengikut keselesaan masing-masing. Jika mahu menggunakan kenderaan sendiri, sila pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan sudah diservis.

Jika memilih menggunakan perkhidmatan awam, lakukan tempahan tiket dengan lebih awal. Kebiasaannya, tempahan awal boleh menikmati diskaun bergantung kepada promosi yang dilakukan oleh pihak tertentu.

#4 Urus Bajet

Jika mahu menikmati keseronokkan yang berganda, kita perlulah bijak untuk menguruskan bajet. Tidak semestinya keseronokkan hanya boleh dinikmati bagi yang berbelanja lebih sahaja. Jika kita melakukan pengiraan sesuatu kos dengan lebih awal, secara tidak langsung kita dapat menguruskan wang dengan lebih baik. Bayangkan jika tidak menguruskan bajet dengan betul, sudah tentu wang akan dihabiskan belanja kepada perkara yang tidak berfaedah.

Elakkan membawa wang tunai yang banyak ketika sedang bercuti.

Mahu Dekorasi Rumah? Klik Sini!

Kesimpulan

Secara kesimpulan, rancanglah perjalanan percutian kita dengan sebaik-baiknya. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini berlaku, tanganilah dengan tabah dan sabar. Segala perancangan yang dibuat adalah untuk memastikan percutian kita berjalan dengan lancar. Maka, dari sekarang jom kita menabung untuk merancang percutian yang seterusnya. Semoga dengan usaha kita membuahkan hasil.

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

Manage Retail Clients Fraud Risk activities and processes effectively and efficiently aligned to business strategy for the country. Work with Manager, Fraud Risk Management and oth...

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

The role focuses on the preparation and review of management, group, regulatory, risk, compliance and ad hoc reports. This is in addition to financial statements in a timely manner...

HSBC Bank (M) Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

Some careers grow faster than others. If you're looking for a career that will give you plenty of opportunities to develop, join HSBC and your future will be rich with potential. W...

Standard Chartered Global Business Services Sdn Bhd
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

Provide leadership and guidance on the aggregation of equity position across the Group's business entities globally. Define problem statement and design an enhance equity aggregati...

Standard Chartered Global Business Services Sdn Bhd
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

Help the Group meet its commitment of being. Here for Good. by implementing the data quality standards and guidelines as per Data Quality Management Framework (DQMF) for Trade Surv...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment