≡ Menu

12 Jenis Orang yang Perlu Kita Bersahabat

12 Jenis Orang yang Perlu Kita Bersahabat

Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita. Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka dia juga akan melindungimu.

2. Jika kau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka dia akan membalas balik persahabatanmu itu.

3. Jika kau memerlukan pertolongan darinya, maka dia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.

4. Jika kau menawarkan untuk berbuat baik kepadanya, maka dia akan mengambut dengan baik.

5. Jika dia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka dia akan menghargai kebaikan itu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka dia akan sedaya upaya menutupinya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu.

8. Jika kau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka dia akan menanyakan kesulitan yang kau hadapi.

9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka dia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.

10. Jika kau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika kau merancangkan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rancangan itu.

12. Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau selisih faham, nescaya dia akan mengalah untuk menjaga persahabatan.

Ulama’ Salaf ada memberi pesanan :”Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat. Maka semoga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam syurga. Dikatakan juga, apabila Allah SWT. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya.”

SHARE” untuk bersama sebarkan manfaat

Incoming search terms:

bersahabat 11 orang
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment