≡ Menu

11 Hadith Peristiwa Akhir Zaman

11 Hadith Peristiwa Akhir Zaman

1. Daripada Aisyah R.A berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang merjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan merjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai  orang yang tercela dan akan berkurangan  orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang  yang jahat berani melawan orang-orang baik.”

2. Daripada Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:”Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapat harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram.”

3. Daripada Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan tiba suatu zaman, tiada seorang juga pun kecauli ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, akan terkena juga debunya.”

4. Daripada Abu Malik Al-Asy’ari R.A bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnga ada sebahagian dari umatku yang akan meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama gang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis.  Allah S.W.T akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah S.W.T akan merobah mereka menjadi kera atau babi.”

5. Daripada Anas RA berkata: “Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan.”

6. Daripada Anas R.A bersabda: Bersabda Rasulullah s.a.w “Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq.”

7. Daripada Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang gang benar dikatakan berdusta. Orang kianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi s.a.w menjawab: “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.”

8. Daripada Abu Hurairah R.A bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:“Hari qiamat tidok akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku “al-Harj”. Sahabat bertanya, “Apakah al-Harj itu hai  Rasulullah?”. Nabis.a.w menjawab: “Peperangan demi peperangan demi peperangan.”

9. Daripada Anas bin Malik R.A berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat, setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti sejam dan sejam dirasakan seperti satu petikan api.”

10. Daripada Ali bin Abi Thalib R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanga, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali.”

11. Daripada Ali bin Abi Thalib R.A, Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu apabila harta negara beredar pada orang-orang tertentu, apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan, zakat dijadikan hutang, suami memperturutkan kehendak isteri, anak derhaka kepada ibunya sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya, ia suka menjauhkan diri kepada ayahnya, suara sudah ditinggikan di dalam masjid, yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka, seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya, khamar sudah diminum di merata tempat, kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki, para artis disanjung-sanjung, muzik banyak dimainkam dun generasi akhir umat ini melaknati (mengalahkan) generasi pertama (sahabat).”

Berkata seorang bijaksana:

"Apabila kamu ditimpa bala yang bersangatan maka renunglah pada surah insyirah 
kerana sesungguhnya pada kesusahan itu terdapat 'padanya dua kesenangan, apabila 
kamu fikirkan kamu akan gembira."
Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 26 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 26 Jul 2017

Senior Perl Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Perl Developer. You will write robust, high quality, and production ready code that...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 26 Jul 2017

PostgreSQL Database Programmer and Administrator (DBA). Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced PostgreSQL Database Programmer. Administrator. You will p...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 26 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 27 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Uber
  |  Johor Bahru, Johor
 - 25 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment